RASULULLAH PENTINGKAN UMATNYA MEMEPELAJARI ILMU FARAID (Dr Ahmad Irdha’ Mokhtar, Pusat Kajian Maqasid Shariah IDE)

RASULULLAH PENTINGKAN UMATNYA MEMEPELAJARI ILMU FARAID (Dr Ahmad Irdha’ Mokhtar, Pusat Kajian Maqasid Shariah IDE)

0 0

Pembentangan pertama mengenai ‘Faraid dari Perspektif Maqasid Shari‘ah’ telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Irdha’ Mokhtar, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Ahli Kluster, Pusat Kajian Maqasid Shari‘ah IDE. Beliau telah menerangkan bahawa faraid adalah pembahagian harta seseorang yang beragama Islam yang telah meninggal dunia samaada si mati telah meninggalkan wasiat atau tidak melakukan sebelum kematiannya manakala harta yang dibahagikan adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris dan wasiat. Penekanan mengenai kepentingan mempelajari ilmu Faraid ini telah disebutkan oleh baginda saw melalui hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas‘ud bahawa Nabi Muhammad saw bersabda ‘Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkannya kepada manusia kerana aku adalah seseorang yang akan mati dan ilmu ini akan diangkat maka akan menyebabkan fitnah sehingga berlaku perselisihan antara dua orang dalam pengurusan harta. Akhirnya mereka tidak menjumpai sesiapa yang dapat menjelaskan hukum’. Selain itu, hikmah mengenai Faraid juga telah diterangkan oleh Dr. Ahmad Irdha’ iaitu dapat meningkatkan ‘Ubudiyyah (Kehambaan) kepada Allah swt, memelihara Takaful Ijtima‘i (Menjaga kebajikan dalam kalangan masyarakat) dan menjaga kestabilan pembangunan dalam negara pengurusan harta yang efisien.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish