Siri Wacana MADANI: Mengangkat Pemikiran Siddiq Fadzil bermula di USIM !

Siri Wacana MADANI: Mengangkat Pemikiran Siddiq Fadzil bermula di USIM !

NILAI, 17 Jun 2025 – Sebuah program ilmiah bertajuk Siri Wacana Bergerak MADANI: Mengangkat Pemikiran Siddiq Fadzil akan diadakan pada 17 Jun 2025 (Selasa), jam 8:00 pagi bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Wacana ini dianjurkan oleh Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil, Universiti Selangor bersama Institut Darul Ehsan (IDE), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ia bertujuan mengetengahkan pemikiran dan sumbangan tokoh intelektual dan pendakwah tersohor, Allahyarham Siddiq Fadzil dalam bidang pemikiran Islam dan pembangunan masyarakat.

Program ini terbuka kepada semua dan bertujuan memperkenalkan serta mengangkat sumbangan besar tokoh pemikir Islam kontemporari tanah air, Allahyarham Siddiq Fadzil, dalam wacana keislaman, kenegaraan dan pembangunan masyarakat.

Antara tokoh-tokoh penting yang dijadualkan hadir termasuk:

  • YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan
  • Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL
  • Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM
  • En. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden ABIM
  • Dato’ Jaafar Muhammad, Pegawai Agama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
  • Dr. Mohd Faridh Hafez Mohd Omar, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, FKP USIM
  • Prof. Madya Dr. Masitah Sulaiman, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teras USIM / Felo, Institut Pemikiran & Kepimpinan Siddiq Fadzil (UNISEL)
  • Ustaz Hasri Harun, Pengarah Institut Pemikiran & Kepimpinan Siddiq Fadzil (UNISEL)

Wacana ini merupakan platform penting bagi generasi muda, para akademik, serta masyarakat umum untuk mengenali dan menghayati gagasan pemikiran Siddiq Fadzil yang menjulang nilai ilmu, keadilan sosial dan semangat kenegaraan berpaksikan Islam. a merupakan kesinambungan usaha untuk memperkukuh pemikiran Islam yang inklusif, progresif dan menyeluruh sebagaimana yang diperjuangkan oleh Allahyarham Siddiq Fadzil, tokoh ilmuan dan pemikir Islam terkemuka tanah air.

Ayuh Daftar Sekarang : https://bit.ly/MADANINegeriSembilan

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
100 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish