Medan Perbincangan Ilmiah Krisis Kemanusiaan Palestin dan Aspirasi MADANI

Medan Perbincangan Ilmiah Krisis Kemanusiaan Palestin dan Aspirasi MADANI

0 0

Universiti Malaya, 12 Jun 2025: Selepas lebih 600 hari serangan berterusan ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023, tentera Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu masih gagal mencapai objektif utamanya, kata Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman.

Dalam Syarahan Profesor Emeritus bertajuk “Mencari Makna Kemanusiaan di Sebalik Konflik Palestin” anjuran Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera, Universiti Malaya, IDE, Akademi Kenegaraan Malaysia dan Universiti Selangor, beliau menekankan bahawa semangat juang, daya inovasi, dan ketabahan rakyat Palestin telah menjadi benteng utama dalam menghadapi keganasan rejim Zionis.

“Jika dilihat sejarah perang Arab-Israel 1967, Mesir dengan kekuatan puluhan ribu tentera hanya mampu bertahan selama enam hari. Tetapi rakyat Palestin masih mampu bertahan lebih 600 hari meskipun tanpa kelengkapan perang moden,” jelas beliau, yang juga Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Beliau turut memuji kreativiti rakyat Palestin yang berjaya menghasilkan peluru roket daripada paip air biasa dan merancang perangkap letupan dalam rumah sebagai langkah pertahanan.

Gaza Berpotensi Maju Seperti Singapura

Dalam syarahannya, Prof. Emeritus Redzuan menyatakan bahawa jika diberi peluang tanpa sekatan dan serangan berterusan, Gaza berpotensi untuk membangun menjadi wilayah maju seperti Singapura.

“Dengan kadar celik huruf yang tinggi dan semangat inovatif dalam kalangan penduduknya, Gaza boleh dibangunkan secara pesat. Walaupun di bawah tekanan berterusan, rakyat Palestin tetap tidak gentar – pemimpin gugur, pejuang baharu akan bangkit,” katanya.

Israel telah menyatakan komitmennya untuk memusnahkan Hamas dan membebaskan tebusan sebagai objektif utama peperangan yang bermula pada 7 Oktober 2023. Serangan Hamas pada tarikh tersebut meragut lebih 1,200 nyawa, manakala tindak balas Israel ke atas Gaza telah mengorbankan lebih 54,000 orang, menurut angka rasmi daripada kedua-dua pihak.


Forum Kenegaraan yang menyusul selepas syarahan tersebut menampilkan YBhg. Dato’ Dr. Hj Roslan Hussin, Ketua Pengarah AKM, sebagai panel utama. Beliau menekankan kepentingan mengambil ibrah daripada perjuangan rakyat Palestin untuk membina negara bangsa Malaysia yang bersatu padu, berasaskan nilai ihsan dan kebersamaan yang merentas sempadan agama dan budaya.

Moderator forum, Profesor Madya Datuk Dr. Zulkanain Abdul Rahman, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, mengemudi sesi perbincangan dengan penuh berwibawa, mengupas pelbagai perspektif berkenaan isu kemanusiaan dan kenegaraan.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Abu Hanifah Haris, Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, yang mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat, termasuk pelajar Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL yang hadir secara fizikal, serta peserta dalam talian.

Program syarahan ini menjadi medan penting dalam menyedarkan masyarakat Malaysia, khususnya golongan muda, tentang makna kemanusiaan dan nilai perjuangan sejagat yang melangkaui sempadan politik dan geografi.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish