Dr Abdul Rahman Hanapiah @ Mana Sikana Kembali ke Rahmatullah

Dr Abdul Rahman Hanapiah @ Mana Sikana Kembali ke Rahmatullah

0 0

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2025 — Dunia kesusasteraan dan keilmuan negara kehilangan seorang tokoh besar hari ini dengan pemergian Dr Abdul Rahman Hanapiah, atau lebih dikenali dengan nama pena Mana Sikana, yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berusia 80 tahun.

Perkhabaran duka itu disahkan oleh anaknya, Ismi Azhan, yang juga seorang penulis. Menurutnya, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung setelah beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Jubli Perak, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.

Dilahirkan pada tahun 1945, Dr Abdul Rahman Hanapiah ialah tokoh kesusasteraan yang amat disegani, baik sebagai pengarang, sarjana, pengkritik sastera mahupun pemikir.

Dengan nama pena Mana Sikana, beliau menghasilkan lebih daripada 100 buah karya merangkumi genre kreatif dan ilmiah. Karya-karyanya sarat dengan pemikiran falsafah dan gagasan kontemporari yang memperkaya warisan kesusasteraan Melayu moden. Antara karya kreatif terkenal beliau termasuk kumpulan cerpen Jejak yang Hilang (1984), Abzyx (1986), dan Nusia (2002), serta drama seperti Tok Awang (1984), Hikmah (1998), Hikmah Bunuh Apa-apa (2014) dan Di Hujung Taming Sari (2020).

Novelnya seperti Ronjang (1984), Klimak (1989) dan Syajar (1996) menyentuh tema kemanusiaan dan realiti hidup dalam dimensi estetika yang tersendiri. Dalam bidang kajian, beliau dikenali menerusi karya akademik penting seperti Teras Sastera Melayu Moden (1982), Kritikan Sastera: Kaedah dan Aplikasi (1986), Teori Sastera Moden (1990) dan Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme (1998).

Allahyarham turut memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Seri Angkasa (1973), Penulis Terbaik Dewan Sastera (1978), Hadiah Sastera UKM, dan Hadiah Sastera Nasional bagi kategori cerpen dan kritikan.

Presiden Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN), Prof Dr Abdul Halim Ali, menyifatkan pemergian Mana Sikana sebagai kehilangan besar buat dunia ilmu dan sastera nusantara.

“Beliau bukan sekadar penulis, tetapi seorang ilmuan tulen yang membina asas dan mengembangkan teori kesusasteraan tempatan. Kehilangan beliau dirasai bukan sahaja di Malaysia, bahkan di kalangan sarjana sastera serantau,” katanya.

Meskipun jasadnya telah tiada, khazanah ilmu dan karya yang ditinggalkan Allahyarham akan terus hidup dan menjadi warisan berharga untuk generasi akan datang.

Al-Fatihah.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish