Assalamualaikum wbt
Tuan/Puan,
SESI 2- RESENSI MUHADARAT: MEMBEDAH PEMIKIRAN SHEIKH AL-RAISUNI DALAM MAQASID SHARIAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Untuk makluman Tuan/Puan, program Resensi Muhadarat fi Maqasid al-Shari’ah: Membedah Pemikiran al-Raisuni dalam Maqasid al-Shari’ah merupakan sebuah program bertujuan untuk membincangkan pemikiran dan teori Maqasid al-Shari’ah menurut tokoh ulung Maqasid al-Shari’ah pada masa kini iaitu Prof. Dr. Ahmad al-Raisuni. Program ini merujuk kepada kitab Muhadarat fi Maqasid al-Shari’ah yang merupakan himpunan syarahan pengajian oleh Prof. Dr. Ahmad al-Raisuni. Sesi 1 telah dijalankan sebanyak lima siri pertemuan pada bulan Ogos yang lalu dan mendapat sambutan yang baik daripada para peserta.
Sehubungan itu, Tuan/Puan dijemput untuk menyertai sesi kedua bagi program resensi ini. Berikut adalah butiran program yang akan dijalankan:
Tarikh: Setiap hari Ahad (3, 10, 17, 24 dan 31 Oktober 2021)
Masa: 10:00 pagi – 11:30 pagi
Medium: Zoom (Link akan dihantar kepada peserta melalui emel yang didaftarkan)
Pendaftaran: https://peserta.ideselangor.com/
Yuran: RM 40.00
Bayaran boleh dilakukan melalui akaun di bawah:
PERTUBUHAN AKADEMI PENDIDIKAN DEMOKRASI & KEWARGANEGARAAN MALAYSIA
1100514478 (BANK RAKYAT)
Tuan/Puan diminta agar resit pembayaran dilabel ‘Resensi & (nama peserta)’, contohnya ‘Resensi (Ali)’ dan dihantarkan kepada En. Haizan melalui talian +6013-6323606 sebagai bukti pembayaran dan rujukan pihak sekretariat.
Sebarang makluman dan persoalan, Tuan/Puan boleh hubungi En. Haizan pada talian +6013-6323606 atau melalui emel mohammadhaizan@gmail.com.
Sekian,
Terima kasih.
Average Rating