0 0
Legasi Allahyarham Dato’ Dr. Siddiq FadhilDiangkat dalam Wacana MADANI di USIM, Nilai – IDE Research Centre

Legasi Allahyarham Dato’ Dr. Siddiq FadhilDiangkat dalam Wacana MADANI di USIM, Nilai

Read Time:1 Minute, 17 Second

18 Julai 2025: Legasi pemikiran Allahyarham Dato’ Dr. Siddiq Fadhil terus diangkat sebagai sumber inspirasi penting dalam usaha membina Negeri Sembilan MADANI yang bersih, muafakat dan sejahtera, menerusi penganjuran Siri Wacana Bergerak MADANI: Mengangkat Pemikiran Siddiq Fadzil dalam Konteks Semasa.

Wacana yang menghimpunkan tokoh-tokoh pemikir dan pemimpin negara ini memberi tumpuan kepada warisan intelektual Allahyarham sebagai tokoh besar dalam pemikiran Islam dan wacana kebangsaan Malaysia.

Allahyarham dikenali sebagai tokoh intelektual awam (public intellectual) yang menggabungkan kekuatan ilmu Naqli dan Aqli dalam membentuk gagasan pemikiran Islam yang progresif, inklusif dan berpaksikan nilai-nilai Ilahi.

Pemikiran beliau bukan sekadar khazanah intelektual, tetapi menjadi asas dalam proses pendidikan yang memanusiakan insan—berteraskan nilai keadilan, kebijaksanaan dan kasih sayang. Ungkapan beliau yang terkenal, “Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan”, kekal relevan sebagai panduan dalam memahami realiti masyarakat majmuk negara ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir menyampaikan ucapan dan pandangan ialah: Encik Ahmad Fahmi Shamsuddin, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Dato’ Jaafar Bin Muhammad, Pegawai Agama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, dan beberapa panel yang memberikan syarahan legasi berkaitan Allahyarham Dato’ Dr. Siddiq Fadzil

Pihak Kerajaan Negeri menyifatkan warisan pemikiran Siddiq Fadhil sebagai kompas intelektual dan moral yang penting dalam membimbing pembangunan masyarakat Negeri Sembilan, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan holistik dan kesatuan dalam kepelbagaian.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

TAGS

CATEGORIES

Berita|Program

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish