Salam Takziah: 15 Pelajar UPSI Maut dalam Tragedi Bas di Jalan Raya Timur- Barat, Gerik

Salam Takziah: 15 Pelajar UPSI Maut dalam Tragedi Bas di Jalan Raya Timur- Barat, Gerik

0 0

GERIK, 10 Jun 2025 – Seramai 15 individu disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi.

Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu ketika kejadian berlaku.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pusat Kawalan Operasi Bencana Banun menerima panggilan kecemasan mengenai nahas itu pada jam 1.10 pagi, melibatkan kira-kira 48 mangsa. Anggota APM tiba di lokasi kejadian pada jam 2.11 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas yang terbalik dan MPV Perodua Alza.

“Anggota APM membawa beberapa mangsa yang cedera ke Hospital Gerik. Mereka mengalami kecederaan seperti patah tangan, patah kaki serta kecederaan ringan,” menurut kenyataan APM.

Tambahnya lagi, 13 mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Dua mangsa kini dirawat di Zon Merah, 20 di Zon Kuning, manakala enam lagi di Zon Hijau.

Sementara itu, jurucakap UPSI mengesahkan insiden menyayat hati itu dan memaklumkan bahawa seramai 15 pelajar universiti berkenaan terkorban dalam kemalangan tersebut.

Polis kini menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian tersebut pada jam 1.25 pagi melalui Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik.

“Setakat ini, saya boleh sahkan bahawa 15 orang disahkan meninggal dunia. Sekurang-kurangnya 27 mangsa lain mengalami pelbagai kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Polis akan terus memaklumkan perkembangan terkini setelah siasatan selesai dan semua keterangan saksi diambil.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish