Baucar Buku MADANI 2024 Beri Impak Besar, Cetus Gelombang Pembudayaan Ilmu

Baucar Buku MADANI 2024 Beri Impak Besar, Cetus Gelombang Pembudayaan Ilmu

0 0

KUALA LUMPUR – Program Baucar Buku MADANI 2024 yang diperkenalkan kerajaan pada 30 Mei tahun lalu mencatat kejayaan membanggakan apabila mencapai kadar penebusan 100 peratus menjelang 31 Disember 2024, sekali gus membuktikan keberkesanannya dalam memupuk minat membaca serta memperluas akses kepada bahan bacaan berkualiti dalam kalangan pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Adibah Omar berkata, hasil Kajian Impak Baucar Buku 2024 oleh IDE Research Centre dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) melibatkan 711 responden dari seluruh negara menunjukkan 94.5 peratus bersetuju program ini berjaya menyemai minat membaca, manakala 97.5 peratus mengakui ia memberi manfaat terutama kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Kajian tersebut turut melibatkan penyelidikan lapangan melibatkan 13 orang enumerator dari kalangan pelajar universiti tempatan Malaysia, dalam usaha mendapatkan gambaran menyeluruh pelaksanaan program di pelbagai kawasan termasuk luar bandar seperti Kinabatangan, Sook, Keningau dan Tawau.

Adibah berkata sebanyak 72.1 peratus responden berpuas hati dengan proses penebusan dalam talian yang mudah dan telus melalui platform bookcapital.my, yang menawarkan lebih 800,000 judul buku daripada 1,000 penjual tempatan, sekali gus memacu pertumbuhan industri perbukuan nasional menerusi penggunaan teknologi dan analitik data raya.

“Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan bahan bacaan kepada murid dan pelajar IPT, malah turut menyantuni pelajar kurang upaya menerusi penyediaan bahan bacaan braille serta membuka akses saksama kepada ilmu tanpa mengira latar belakang,” ujarnya semasa Pembentangan Dapatan Kajian Impak Program Pemberian Baucar Buku 2024 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025, hari ini.

Turut hadir dalam sesi pembentangan tersebut ialah Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan, Tuan Haji Amidi Abd Manan, Pengerusi Pengelola PBAKL, Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron dan beberapa Wakil lain yang hadir bersama.

“Selain itu, inisiatif ini tidak hanya memperluas akses kepada bahan bacaan malah  menyemai minat membaca serta melahirkan generasi pembaca baharu,” katanya ketika ditemui media selepas Sesi Pembentangan Dapatan Kajian Impak Program Pemberian Baucar Buku 2024 terhadap Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Madani Yang Berilmu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) .

Program ini melibatkan lebih 3.5 juta penerima dari Tahun 4 hingga pelajar institusi pengajian tinggi serta Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), hasil kerjasama PKB bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish