11 Julai 2024. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia bersama WADAH Pencerdsan Umat Malaysia telah menganjurkan “Global Madani Forum 2024” yang bertemakan “Catalysing the Next Civilisational Revival” bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Julai 2024.
Dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia and the Pacific (RISEAP), International Institute of Islamic Thought Southeast & Asean (IIITESEA), Institut Darul Ehsan (IDE), dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Objektif penganjuran program ini adalah antara lain bagi meneliti dan membincang strategi ke arah kebangkitan ketamadunan Islam serta usaha ke arah pengantarabangsaan gagasan Malaysia Madani. Program dua hari ini akan menghimpunkan sejumlah pembicara daripada pelbagai latar belakang akademik dan kepakaran yang terdiri daripada ahli akademik, wakil kerajaan, penggubal dasar, diplomat, dan aktivis yang membahaskan persoalan memangkinkan ‘Kebangkitan Peradaban Islam Yang Seterusnya’.
Ucapan sambutan diberikan oleh Prof. Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty yang merupakan pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia dan menampilakan Prof. Emer. Dr. Osman Bakar memberikan ucaptama program yang membicangkan kepentingan tamandun islam dalam keperluan kepada masyarakat segajat baharu berdasarkan falsafah dan pembangunan.
Turut menampilkan barisan panelis akademik yang berpengalam membentang pelbagai kertas kerja dalam mendepani cabaran umat islam global masakini.
Penutup program dirasmikan oleh YAB Dato’ Diraja Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang membahaskan tentang Semangat Hijrah: Membina Tamadun Yang Adil dan Inklusif. Tausiyah Khas bersama Sheikh Dr. Ali al-Qaradaghi bertajuk “Madani Version in the Contemporary Muslim World”
Turut hadir dari Wakil IDE Research Center, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman (Pengerusi IDE), Tn. Hj Amidi Abd Manan (Pengarah Eksekutif IDE), En Khairul Ariffin Mohd Munir (Pengurus Kanan Penyelidikan) dan En Kamarul Bahrin Zahid (Pengurus Kanan Program, IDE). IDE juga turut berserta membuka reruai jualan buku terbitan IDE.
Average Rating