Majlis Iftar Amal serta Pelancaran Tabung Pendidikan & Baik Pulih Kolej Dar al-Hikmah
PM di KDH, 19 April 2023, 29 Ramadhan
Alhamdulillah saya dapat menunaikan solat Isyak dan tarawih dan seterusnya hadir dalam Majlis Iftar Amal serta Pelancaran Tabung Pendidikan dan Baik Pulih Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Sungai Ramal, Kajang malam tadi.
KDH ini adalah salah satu kesinambungan perjuangan pendidikan aktivis ABIM yang lebih awal seperti Yayasan Anda Akademik, Institut Sofar dan beberapa institusi pendidikan swasta yang menawarkan pendidikan kepada anak muda.
Dalam majlis ini sebanyak RM1.5 juta telah disumbangkan oleh para demawan. Selain itu, saya juga telah umumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM1.5 juta dan RM500,000 sumbangan peribadi saya sendiri kepada Tabung Pendidikan dan Baik Pulih KDH.
Di samping itu, dalam ucapan saya juga menekankan kepentingan tradisi ilmu dan akliah berdasarkan keyakinan dan akidah.
Kita juga yakin sebagaimana yang kita jadikan teras dan tunggak sejak dahulu bahawa menjalankan usaha dakwah secara bil hikmah harus lalui pengisian ilmu yang mendalam.
Dasar ilmu perlu dikupas secara mendalam untuk bangunkan tamadun. Melalui kekuatan ilmu kita boleh mengurangkan kesenjangan antara gagasan dan penghayatan amalan.
Institut Darul Ehsan juga di jemput untuk memeriah kan lagi Majlis Iftar Amal ini, antara yang hadir adalah Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan, Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Pengarah Eksekutif, Dato’ Haji Ismail Yusop dan kakitangan Institut Darul Ehsan.
Sumber: https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial
#MalaysiaMADANI






Average Rating