Pengenalan IDE Research Center

Pengenalan IDE Research Center

Institut Darul Ehsan (IDE) @ IDE RESEARCH CENTRE SB ditubuhkan sebagai satu wahana penting bagi membantu kerajaan, pihak pemegang taruh dan masyarakat madani untuk merangka polisi, hala tuju dan kebijakan-kebijakan bagi membangunkan  kecemerlangan dari sudut ekonomi, sosio-politik, pembangunan seimbang, tatakelola kerajaan (good governance) dan kemajmukan masyarakat.

Bagi memenuhi aspirasi tersebut IDE berfungsi sebagai sebuah hub penyelidikan dan pendidikan  yang menjadi penghubung antara pihak penggubal dasar, kerajaan dan agensinya dengan masyarakat sivil meliputi pemimpin masyarakat, mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.

Institut Darul Ehsan yang telah ditubuhkan sejak April 2014. Penubuhannya digerakkan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menjadi Penasihat Kewangan Selangor dan Ketua Pembangkang pada ketika itu.  Penubuhan IDE diumumkan dalam Sidang DUN Selangor oleh YB Dato’ Menteri Besar Selangor. IDE kini diuruskan oleh 20 orang kakitangan dari pelbagai bidang kepakaran dan keupayaan.

IDE melaksanakan strategi Analisis, Respon, Pencerahan dan Pencerdasan (AR2P). Strategi ini digerakkan melalui program penyelidikan, diskusi, persidangan, seminar, bengkel dan penerbitan dalam bentuk laporan, periodikal dan buku. Melalui pendekatan tersebut akan wujud sebuah masyarakat progresif yang demokratik, sejahtera, berilmu, bertamadun dan bermoral tinggi, komited dengan prinsip kebenaran dan keadilan.

en_GBEnglish