TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN – “PELUNCURAN BUKU 100 ESEI SENI & SASTERA ERA REFORMASI 2008 – 2011 KARYA DINSMAN”

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN – “PELUNCURAN BUKU 100 ESEI SENI & SASTERA ERA REFORMASI 2008 – 2011 KARYA DINSMAN”

0 0

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN
Y.BHG PROF DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN
TIMBALAN PENGERUSI / KETUA EKSEKUTIF IDE

PELUNCURAN BUKU 100 ESEI SENI & SASTERA ERA REFORMASI 2008 – 2011 KARYA DINSMAN

Anjuran: Institut Darul Ehsan (IDE) & Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)

29 Disember 2020, Selasa, IDE

Assalammualaikum wbt. Wrt &  Salam Sejahtera

Bagi pihak Institut Darul Ehsan (IDE), saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua yang sudi hadir pada hari ini dan menonton secara dalam talian (online) ke MAJLIS PELUNCURAN BUKU 100 ESEI SENI & SASTERA ERA REFORMASI 2008 – 2011 KARYA Dato Che Shamsudin Osman atau yang kita kenali sebagai DINSMAN.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih atas kesudian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudi meluncurkan buku pada hari ini. Inilah kali pertama beliau ke IDE dan kami mengalu-alukan kehadiran beliau.

Dia-alukan juga kehadiran YB-YB Exco Selangor dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang turut hadir pada hari ini.  

Majlis pada hari ini dimulakan dengan Forum Wacana Buku yang dibarisi oleh panelnya iaitu Y.Bhg Dr Syed Husin Ali, Y.Bhg. Dr Chew Fong Peng dan Y.Bhg MK Farhan. Pastinya dengan kehadiran semua panel jemputan, Wacana kita pada hari ini akan lebih bermakna dengan kandungan pengisian saya yang dapat memberikan pencerahan dan pencerdasan berkatan tema bukun DINSMAN yang mengangkat perjuangan REFORMASI RAKYAT.

Terima kasih juga kepada NGO, Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) yang sudi bekerjasama dengan IDE sejak awal lagi menjayakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan seperti Puisi Bumbung Shah Alam yang diadakan setiap dua bulan sekali. Moga kerjasama ini akan terus berkekalan.

Semua sedia maklum bahawa negara dan dunia berhadapan pendemik COVID 19. Justeru kita dalam suasana hari ini terpaksa mengamalkan norma baru dengan pelbagai langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil berat. NAMUN, ianya tidak menghalang kita semua untuk meneruskan aktiviti keilmuan dan pendidikan bagi membangunkan minda dan sikap khalayak masyarakat.

Hadirin dan Hadirat yang dikasihi.

  • Sejarah Penubuhan IDE:
    • IDE ditubuhkan sejak 2015 bermula di Plaza Perangsang.
    • Idea penubuhan adalah atas inisiatif DSAI.
    • IDE telah menerbitkan buku berkaitan perjuangan DSAI iaitu:
  • Anwar Ibrahim Jejak Seorang Pejuang
  • Terjemahan Buku Muslim Demokrat, Charles Allers.
  • Mengusahakan terjemahan dan peluncuran buku The Final Plays   oleh Mark Trowell.
  • Buku Dua Dekad Dia Dizalimi.
  • IDE telah bersama-sama mengorak langkah positif sejak dari awal menganjurkan pelbagai program bagi memperkukuhkan proses demokrasi di Malaysia khususnya melalui program penyelidikan, survei lapangan, kajian persepsi, sidang meja bulat dan diskusi isu semasa. Dalam bidang penyelidikan IDE mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang berikut antaranya:
    • Kajian Landskap Politik
    • Kajian Sosial & Sosio-Ekonomi
    • Kajian Impak (Impact Studies) melibatkan program, projek dan produk.
    • Kajian SIA – Social Impact Assessment untuk pembangunan
    • Kajian Kepuasan Pekerjaan (Employee Satisfiaction Survey)
    • Kajian Psikologi Ekologi Manusia
    • Kajian Pembangunan Semula (Re-Urbanisation)
    • Kajian berkaitan generasi muda dan belia
    • Kajian berkaitan wanita dan kumpulan bersasar.
  • IDE juga secara aktif terlibat dalam aktiviti-aktiviti pencerdasan dan pencerahan rakyat melalui:
    • Program Kajian Maqasid Shariah
    • Program Pembinaan Bangsa
    • Program Jaringan antarabangsa khususnya dengan kerjasama Sasakawa Peaceful Foundation, Tokyo; Habibie Centre Jakarta; ANPOR Bangkok, POLLMARK Indonesia dan Kumpulan Kajian Publik Opini (KEDAI KOPI) Jakarta.
    • Program Ulasan Buku, Seminar, Konvensyen dan sebagainya
    • Program-program Penerbitan dan Kertas Polisi.

Dalam bidang penerbitan IDE telah berjaya menerbitkan sebanyak 42 judul buku hingga kini.

Buku DINSMAN ini mempunyai keunikan tersendiri apabila beliau berbicara soal latar proses reformasi negara dari tahun 2008 – 2011 yang merupakan suatu catatan pengalaman perjuangan beliau dalam menyumbang membentuk masyarakat, polisi dan negara dari pelbagai sudut perjuangan yang beliau mampu usahakan. Beliau adalah seniman rakyat yang tidak

Saya mengharapkan forum pada hari ini mampu memberikan impak positif bagi membina masyarakat yang lebih berilmu, bijak memahami isu semasa dan berintegriti tinggi dalam politik yang sihat dan bermoral. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada setiap pihak yang bekerjasama menjayakan program kita pada hari ini.

Sekian, Terima kasih.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish