FARAID ADALAH KEWAJIPAN ! BUKAN PILIHAN (Ustaz Indera Shahril, Pengarah Baitumal MAIS)

FARAID ADALAH KEWAJIPAN ! BUKAN PILIHAN (Ustaz Indera Shahril, Pengarah Baitumal MAIS)

0 0

Pembentangan yang terakhir iaitu ‘Faraid : Tindakan waris setelah berlaku kematian?’ telah disampaikan oleh Ust. Indera Shahril, Pengarah Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Beliau telah memulakan pembentangannya dengan peringatan bahawa ‘Faraid adalah kewajipan, ia bukan pilihan’ maka seharusnya masyarakat mengambil berat tentang perihal faraid kerana terdapat beberapa pihak yang masih menganggap ia sebagai ‘undang-undang zaman unta’ dan bersifat ‘menzalimi wanita’. Dalam pembentangannya, beliau telah menjelaskan bahawa waris bertanggungjawab untuk menyegerakan pembahagian harta setelah situasi dan keadaan keluarga menjadi tenang dan waris hendaklah menguruskan pembahagian harta dengan membuat rujukan kepada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang Faraid.

Selain itu, beliau juga memberikan penerangan mengenai salah faham yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat seperti isu keutamaan dalam membayar hutang atau membuat pembahagian harta. Di akhir pembentangannya, beliau mengatakan bahawa harta pusaka perlu diusahakan dengan segera supaya waris tidak makan harta haram, hutang si mati dapat dijelaskan, harta dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan silaturahim dapat dibina dan dikekalkan dalam keadaan yang lebih baik.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish