Puan Fadhlina Siddiq merupakan pembentangan kedua mengenai ‘Isu Semasa Faraid di Mahkamah Syariah’ dalam Wacana Isu Semasa Faraid dari perspektif Maqasid Shari‘ah. Beliau merupakan Timbalan Presiden, Pertubuhan Pemerkasaan Kekeluargaan (FAME). Dalam pembentangannya, beliau menjelaskan bahawa enakmen agama Islam dan Undang-undang di setiap negeri telah menjelaskan peruntukan khusus mengenai Faraid. Selain itu, beliau telah menyentuh isu Ihdad iaitu tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu.

Isu ini telah diketengahkan kerana terdapat dakwaan gila harta’ dan sebagainya kepada wanita yang baru sahaja menghadapi kematian suaminya malah ada juga beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan dan meraih keuntungan dengan menawarkan pakej-pakej penjagaan dan pengurusan harta tertentu.

Selain itu, beliau juga menegaskan mengenai isu permasalahan pasca kematian kerana pengurusan Faraid menjadi sukar disebabkan oleh kegagalan pewaris dalam mengenal pasti harta sebenar yang dimiliki oleh suami bahkan mereka tidak menyimpan dokumen asas sehingga menyebabkan kelewatan dan kesukaran dalam menyelesaikan urusan pembahagian faraid.
Average Rating