SUMBANG SARAN KESEDARAN POLITIK IDEALISME: PERSPEKTIF SAINS SOSIAL TENTANG NILAI

SUMBANG SARAN KESEDARAN POLITIK IDEALISME: PERSPEKTIF SAINS SOSIAL TENTANG NILAI

0 0

3 November 2020 – Sesi Sumbang Saran Kesedaran Politik Idealisme oleh YBhg. Prof Dr Mohd Nor Nawawi, Timbalan Naib Canselor UNISEL telah berlangsung di pejabat IDE, Seksyen 15, Shah Alam. Turut hadir bersama ialah YBhg Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Timbalan Pengerusi IDE.

Sesi kali ini dibentangkan oleh Prof. Dr. Mohd Nor Nawawi dengan tajuk “Perspektif Sains Sosial Tentang Nilai (Values)”. Dalam sosiologi , makna nilai adalah tidak sama dengan makna nilai dari segi, katakan, ekonomi atau falsafah. Dalam ilmu ekonomi, sekadar contoh nilai bererti harga(price).

Nilai adalah penting kerana ia memberikan kestabilan dan keseragaman dalam interaksi kumpulan. Mereka menyatukan masyarakat kerana mereka sama. Sebilangan ahli sosiologi berhujah bahawa nilai bersama menjadi asas kepada perpaduan sosial.

Begitu juga nilai membawa kesahihan/legitimasi terhadap peraturan yang mengatur aktiviti tertentu. Peraturan tersebut diterima sebagai peraturan dan dipatuhi terutamanya kerana merangkumi nilai-nilai yang diterima oleh kebanyakan orang. Orang Amerika misalnya, percaya bahawa organisasi kapitalis adalah yang terbaik kerana memungkinkan orang mencari kejayaan dalam hidup.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish