20 Oktober 2020 – Sesi Sumbang Saran Kesedaran Politik Idealisme oleh YBhg. Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) telah berlangsung di pejabat IDE, Seksyen 15, Shah Alam.
Sesi sumbang saran ini ialah satu sesi diskusi terhadap isu politik semasa tanah air. Antara perkara penting yang dikupas oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil, adalah berkaitan politik idealisme. Pendekatan politik “who get what” sebenarnya tidak mencerminkan politik berpaksikan idealisme.
Ungkapan menarik beliau dalam perbincangan ini ialah “Tulusnya datuk nenek, rakusnya anak cucu”. Ungkapan ini menjurus kepada era perkembangan terkini politik di negara. Tulusnya datuk nenek kita dahulu sehingga sanggup bersusah payah serta dipenjarakan, namun era sekarang iaitu zaman anak cucu yang rakus. Masalah “the death of idealism” semakin menular dalam kalangan politikus.

Terima Kasih diucapkan kepada para peserta yang turut hadir secara atas talian di dalam diskusi ini.
Average Rating