Institut Darul Ehsan (IDE) telah berjaya memulakan langkah pertama ke arah kerjasama yang mampan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui penganjuran Sidang Diskusi MADANI. Program tersebut yang dianjurkan pada 7 Mei 2025 (Rabu) membawa tajuk “Pemerkasaan Wanita & Jurang Gender di Malaysia bersadarkan Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2024”.
Program berlangsung selama 3 jam dengan menampilkan Ybhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia mewakili DOSM sebagai pembentang utama. Program tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Kampus UNISEL Shah Alam telah dihadiri oleh lebih 30 wakil pertubuhan sivil dan badan pemikir bebas. Program ini telah membawa naratif baru dalam pemahaman dan aplikasi data yang dikeluarkan oleh DOSM. Majoriti peserta dilihat bersetuju dengan pendekatan yang cuba di bawa oleh penceramah utama supaya data DOSM digunakan secara harian untuk proses membuat keputusan bermula dari peringkat individu sehingga pembuat dasar dalam konteks Malaysia.
Program telah ditutup melalui sidang rumusan yang dikendalikan oleh YB Senator Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan bin Othman, Pengerusi Eksekutif IDE. Secara umumnya IDE bersetuju untuk meneruskan kerjasama dengan DOSM sebagai platform advokasi terhadap aplikasi atas talian yang dibangunkan oleh DOSM. Satu bengkel dipersetuji secara tidak rasmi untuk dilaksanakan dalam masa terdekat dengan penganjuran oleh IDE dan DOSM bagi memulakan usaha advokasi tersebut. Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh wakil IDE kepada DOSM.
Dr. Fauzi Fadzil, Institut Darul Ehsan
Average Rating