17 April 2025, UITM Shah Alam : Festival Budaya Ilmu 2025 telah dianjurkan dengan pelbagai pengisian ilmiah dan budaya yang menarik. Antara acara utama pagi ini ialah Wacana Membangun Malaysia MADANI yang berlangsung dari jam 11.45 pagi hingga 12.45 tengah hari di Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam.
Sesi wacana tersebut menampilkan dua tokoh penting, iaitu YBrs. Tuan Haji Amidi bin Abdul Manan, Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), dan YBrs. Encik Ahmad Shukri bin Haji Adnan, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia. Wacana ini dimoderatorkan oleh Hanif Bin Ahmad Baharuddin, Eksekutif IDE Research Centre.
Perbincangan tertumpu kepada peranan rakyat dan institusi dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI, serta cabaran dan strategi dalam membina negara bangsa yang progresif dan inklusif.
Acara ini dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdu Razak bersama IDE Research Centre sebagai Rakan Strateik adalah sebahagian daripada usaha memperkasa pemikiran kenegaraan dan pembangunan sosial berteraskan nilai.
Average Rating