ADUN Ayer Kuning Meninggal Dunia

ADUN Ayer Kuning Meninggal Dunia

0 0

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia selepas dikatakan rebah ketika menghadiri perlawanan bola sepak di Pulau Pinang.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu hantaran di Facebooknya.

“Mendapat khabar duka akan pemergian sahabat saya, YB Tuan Haji Ishsam Shahruddin, ADUN Ayer Kuning lewat petang tadi. “Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh,” katanya.

Difahamkan, Isham rebah sewaktu menghadiri Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru antara Pulau Pinang, Perlis, Kedah, dan Perak yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, di Georgetown.

Beliau mewakili Barisan Nasional (BN) sejak November 2022 termasuk sebagai Pengerusi BN Parlimen Tapah selain pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Penolong Pengurus skuad senior Perak FA.

Ishsam telah bermain hampir keseluruhan karier bola sepaknya bersama Perak FA, kecuali semusim bersama Negeri Sembilan FA. Beliau telah memenangi kejuaraan Piala FA Malaysia bersama Perak pada tahun 1990. Ishsam juga pernah mewakili skuad Harimau pada tahun 1987.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish