Asuh Jati Diri Mahasiswa Berteraskan Nilai MADANI

Asuh Jati Diri Mahasiswa Berteraskan Nilai MADANI

0 0

SHAH ALAM, 18 Disember 2024Forum MADANI: Nilai MADANI Dalam Pembentukan Jati Diri Mahasiswa telah berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL). Program anjuran Pejabat Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti (HEP) ini bertujuan mendidik mahasiswa tentang kepentingan nilai MADANI dalam membentuk kecemerlangan holistik.

Forum ini dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti UNISEL. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kecemerlangan mahasiswa bukan sahaja terletak pada pencapaian akademik, tetapi juga pada pembentukan karakter, perwatakan, dan peribadi yang unggul.

Program ini menampilkan dua panelis berpengaruh:

  1. Tuan Haji Amidi Bin Dato’ Abd Manan, Pengarah Eksekutf Institut Darul Ehsan (IDE), yang berkongsi pandangannya tentang peranan mahasiswa sebagai agen perubahan yang berpandukan nilai-nilai keadilan, kesederhanaan, dan kemanusiaan.
  2. Ustaz Hasri Bin Harun, Pengarah Institut Pemikiran & Kepimpinan Siddiq Fadzil, yang menekankan pentingnya penghayatan spiritual dan nilai moral dalam membentuk jati diri mahasiswa yang kukuh.

Forum ini berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan warga kampus, termasuk mahasiswa, pensyarah, dan pegawai pengurusan. Perbincangan yang interaktif turut membuka ruang kepada peserta untuk memahami bagaimana nilai MADANI boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan mempersiapkan diri sebagai pemimpin masa depan.

Program ini mencerminkan usaha UNISEL untuk melahirkan graduan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga dari aspek sahsiah dan keperibadian, sejajar dengan aspirasi pembangunan mahasiswa holistik.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish