Adun Mahkota Johor, Meninggal Dunia

Adun Mahkota Johor, Meninggal Dunia

0 0

KLUANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari tadi. Perkhabaran duka itu disahkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menerusi Facebook, hari ini.

“Saya berasa amat sedih apabila menerima perkhabaran duka tentang pemergian‎ Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, YB Dato’ Sharifah Azizah binti Syed Zain.

Terdahulu,  Nadia Abu Bakar (anaknya), kemudian dipetik berkata Sharifah Azizah dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pada Selasa lalu kerana sesak nafas, manakala organ dalamannya tiada apa apa masalah seperti yang diuar-uarkan. Media melaporkan Sharifah Azizah, 63, dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dipercayai akibat pendarahan dalaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang meninggal dunia hari ini. Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di X hari ini.

“Mendapat khabar duka akan pemergian ADUN Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain. Mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, diampunkan segala dosa Almarhumah serta diberi tempat terbaik di sisi-Nya,” katanya.

Difahamkan, jenazah akan dimandi dan dikafankan di HEBHK selepas solat Jumaat sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga di Jalan Ahmad Khan, di sini, untuk penghormatan terakhir.

Sharifah Azizah meninggalkan empat anak, iaitu Wan Mohd Hibatullah, 40; Wan Mohd Hazwan 39, Wan Mohd Hasbullah, 34, dan Wan Harizahtul Nadia serta 13 cucu.

Suaminya, Abu Bakar Mohd Amin, 45, meninggal dunia pada 2005 akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Negeri 2022, Sharifah Azizah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Anak jati Kluang itu juga pernah menyandang kerusi DUN Penawar pada 2018 hingga 2022. -Bernama/ Berita Harian

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish