24 Julai 2024, Shah Alam: Sehingga jam 9:00 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 14.3%. Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 40% pada jam 8:00 pagi, 25 Julai 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 8:00 malam, 25 Julai 2024 (Khamis).
Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 8:00 pagi, 26 Julai 2024 (Jumaat). Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti berikut. Untuk makluman, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
Namun, jangan bimbang jika bekalan air yang anda mula terima adalah berwarna. Situasi sebegini lazimnya berlaku semasa bekalan air terputus disebabkan oleh gangguan bekalan air berjadual atau tidak berjadual. Bekalan air yang disambung semula boleh menyebabkan pemendapan sedimen dalam paip utama yang telah kosong terampai semula. Ini mengakibatkan bekalan air berubah warna. Pengguna yang mengalami bekalan air berwarna dinasihatkan supaya membiarkan paip air mengalir selama 5 hingga 10 minit sehingga ianya kembali jernih sebelum digunakan.
Jika bekalan air masih berwarna, sila hubungi Air Selangor di 15300 atau ‘Help Centre’ untuk pemeriksaan dan tindakan susulan kami. Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai.
Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://airselangor.com. – Sumber X Air Selangor.
Average Rating