Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia

Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia

0 0

16 Julai 2024, Putrajaya: YAB Datuk Diraja Seri Anwar Ibrahim dalam teks ucapan perasmian Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia telah menekankan kepentingan memperkasa perundangan dan kehakiman Syariah juga menyentuh beberapa perkara melangkaui aspek ini.

Memetik tokoh Toshihiko Isutzu seorang Ilmuan Tokyo, yang menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Arab telah menulis beberapa buku mengenai Islam antaranya Taoism and Sufism, Ethico-Religious Concept in the Quran dan God and Man in the Quran. Perdana Menteri menyampaikan ucapan berkaitan Life and Mind of Toshihiko Izutsu di Keio University, Tokyo Jepun pada Mei lalu.

YAB Perdana Menteri Merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia, semalam di Putrajaya

Beliau juga menekankan selain memberikan kefahaman kepada umat islam, ia bermanfaat untuk memberikan kefahaman yang luas kepada masayarakat masa kini mengenai perundangan islam selain memperkukuhkan institusi kehakiman syariah di Malaysia.

Agenda memartabat perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia telah menjadi tonggak penting kepada Pelan Transformasi Al-Falah yang telah digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai pelantar penambahbaikan pentadbiran hal ehwal Islam. – Dato Setia Dr. Naim

Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, melalui pelbagai institusi termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk memperkukuhkan modal insan khususnya dari aspek latihan, kecekapan dan kepakaran para hakim, pegawai syarie, juga ia memberikan satu teras penting dalam insitusi kehakiman shariah di Malaysia.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish