Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Tarikh bersejarah itu dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Utusan Melayu merupakan sebuah surat khabar mingguan Malaysia. Diterbitkan dalam tulisan Jawi, akhbar ini mula diterbitkan di Singapura pada 29 Mei 1939 oleh Utusan Melayu Press Limited (UMPL). Ia merupakan sisipan akhbar nasional bagi Utusan Malaysia yang diedarkan setiap Isnin. Kandungan yang terdapat di dalam akhbar ini bercirikan berita semasa dalam dan luar negeri, pendidikan jawi, cerpen, hiburan, dan sukan. Utusan Melayu merupakan penerbitan penting kerana ia merupakan akhbar Melayu pertama yang dimiliki sepenuhnya, dibiayai, ditulis dan diuruskan oleh orang Melayu . – Wikipedia
Hari Wartawan Nasional atau HAWANA disambut pertama kali pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Nasional’. Seramai 1,000 pengamal media dari seluruh tanah air berhimpun pada sambutan yang julung kali berkenaan.
Hawana tidak diadakan selama tiga tahun sejak 2019 hingga 2021 berikutan Panedemik Covid-19 yang melanda dunia. HAWANA diadakan sebagai satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kepada pengamal media di Malaysia.
Media merupakan perantara yang amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara serta kesejahteraan rakyat. Ia berperanan merangkumi segala bidang yang melibatkan masyarakat termasuk ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, agama, sains, teknologi, kebajikan dan kesejahteraan manusia, persekitaran dan ekologi.
Sambutan HAWANA 2024 di adakan di Kuching, Sarawak dengan tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan” yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Average Rating