PKP : PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

PKP : PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

0 0

Oleh : Aidil Nizam

Institut Darul Ehsan, 27 April 2020 – Ibu bapa seharusnya mengfokuskan kepada anak-anak mengenai pendidikan yang tidak formal sewaktu pandemik Covid19 ini.

Demikian itu, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya, Dr. Farah Nini Dusuki berkata Ibu bapa kurang menghabiskan waktu bersama dengan anak-anak dalam perkara yang berkaitan dengan pendidikan tidak formal di luar waktu pandemik Covid19.

“Apabila kita berbicara mengenai home based learning, saya ingin meluaskan perkara ini kepada intipati pendidikan itu sendiri.

“Berbanding kita hanya mahu mengfokuskan kepada pencapaian akademik yang mana lebih susah, lebih baik ibu bapa menggunakan peluang yang ada sekarang ini untuk memperkasakan anak-anak dalam ilmu-ilmu pengetahuan yang, pada dasarnya, mereka susah untuk mempelajari perkara tersebut kerana terlalu sibuk dengan program-program sekolah, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan sebagainya.

“Apabila kita berbicara mengenai home based learning, sekarang ini merupakan masa yang paling sesuai bagi ibubapa untuk mengambil peluang untuk menekankan kepada kemahiran hidup dan nilai.”

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program bual bicara Fakta & Analisis bersama Institut Darul Ehsan (IDE).

Beliau juga mengatakan bahawa antara-antara perkara yang kebanyakan ibubapa tidak sedar ialah setiap masa bersama dengan anak-anak sepatutnya dianggap sebagai ‘teaching moment’.

“Di luar negara, majoriti anak-anak di peringkat rendah tidak mengikuti sesi persekolahan yang formal.

“Mereka hanya berdasarkan home schooling dan pendidikan rendah diajarkan secara tidak formal seperti ibu bapa sendiri mengajarkan anak-anak mereka membaca dan mengira. Secara tidak langsung, perkara tersebut merupakan pendidikan akademik walaupun tanpa menggunakan buku sekali pun.

“Saya tidak mengatakan akademik atau pendidikan formal ini tidak penting tetapi janganlah kita terlalu mengejar perkara ‘so hard to achieve’ sehingga kita terlupa sebenarnya terdapat perkara yang ibu bapa boleh buat sebenarnya”

Beliau juga menegaskan bahawa pendidikan kemahiran dalam hidup ini penting supaya anak-anak mempunyai coping skill pada waktu akan datang.

Apabila ditanya mengenai ibu bapa yang mempunyai kemahiran dan masa yang terhad dalam mendidik anak-anak, Dr. Farah mengatakan ibu bapa patut bertanya kepada diri sendiri mengenai apakah perkara yang mereka boleh buat.

“Dalam hal-hal berkaitan akademik, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip iaitu jika tidak boleh melakukan semua, jangan tinggal semua. Jika tidak dapat bersama dengan anak-anak dalam banyak subjek, cukuplah dengan satu subjek sahaja.

“Dalam perkara yang bukan akademik, ibu bapa perlu libatkan anak-anak dalam semua bentuk aktiviti dan tidak memilih iaitu anak lelaki dan anak perempuan melakukan perkara yang sama. Jika ibu bapa membasuh kereta, ajaklah anak-anak membasuhkan kereta bersama-sama. Jika ibu bapa memasakah, jadi ajaklah anak lelaki dan anak perempuan untuk masak bersama”

Sementar itu, Timbalan Presiden FAME, Puan Fadhlina Sidek mengatakan walaupun bukan semua ibubapa mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk mendidikan, ibu bapa tetap perlu juga mendidik anak-anak bukan sahaja dalam proses yang formal bahkan dalam perkara yang bukan formal dan kemahiran hidup.

“Kerana di akhirnya nanti, selepas berakhirnya pandemik Covid19 ini, anak-anak ini akan keluar sebagai manusia yang luar biasa jika banyak perkara tidak formal mereka dapati di rumah.”

Program Bual Bicara Fakta & Analisis ini diadakan pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu dipengerusikan oleh saudara Hanif Ahmad sepanjang pelaksanaan PKP ini bagi mebincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Covid 19 di Malaysia.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish