Tok abah yakin bahawa yang amat berhormat Perdana menteri sudah ada gambaran yang jelas untuk bentuk kabinet dalam masa terdekat ini. Walaupun saiz kabinet akan menjadi lebih kecil daripada kabinet yang lalu. Tok abah tidak memandang isu kabinet menjadi satu masalah kerana ia masih lagi akan bekerja sebagai satu kumpulan dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit ataupun bukan sahaja perkara yang dinyatakan dalam manifesto parti ketika pilihanraya akan tetapi kabinet ini akan menjadi kabinet yang akan memenuhi kehendak dan harapan rakyat.
Tok abah juga mengulas tentang reaksi masyarakat di dalam media sosial dan pandangan tok abah tentang kabinet yang mungkin dihapuskan. Seterusnya, tok abah memberi pandangan tentang Dato Seri Anwar Ibrahim yang bakal di beri satu portfolio lain di dalam kementerian. Selain itu, Tok abah berkongsi pandangan terhadap isu yang perlu diselesaikan selain daripada harapan rakyat dan kos sara hidup.
Akhir sekali, tok abah memberi pandangan tentang pihak pembangkang yang memberi kabinet bayangan mereka sekiranya mereka yang terpilih menjadi kerajaan.
Host:
Hanif Ahmad
Bersama:
Dato’ Haji Ismail Yusop @ Tok Abah*
Pengarah Eksekutif, Institut Darul Ehsan (IDE)
📆 Tarikh: 30hb November 2022, Rabu
⏰ Masa: 5:00 petang
🎥🎥🎥🎥🎥
Average Rating