PENDIRIAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN – 19% membuat keputusan pada hari pengundian PRU15

PENDIRIAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN – 19% membuat keputusan pada hari pengundian PRU15

0 0

Berdasarkan survei yang telah dijalankan oleh IDE, mendapati bahawa 19% responden memilih untuk membuat penentuan pemilihan siapakah yang bakal mereka undi hanya ditentukan pada hari pengundian. Ahli tegar parti yang disebut sebagai undi asas atau ‘based vote’ telah wujud sekitar 34.8% adalah golongan yang telah membuat keputusan. 32.3% pula menunggu siapakah calon yang bakal ditampilkan nanti selepas penamaan calon.

Ruang demokrasi masih terbuka luas kepada rakyat Malaysia pelbagai umur dan kaum untuk menilai perkembangan parti-parti politik dan calon-calon yang bertanding dalam PRU 15.

Menurut Khairul Arifin Mohd Munir Pengurus Kanan Penyelidikan IDE, pengundi terbahagi kepada pengundi tegar atas asas sebagai ahli parti, pengundi menjadi penyokong parti dan pengundi mengundi berdasarkan mood atau sentimen semasa. Bagi pengundi tegar atau ahli parti, ini kadang-kadang tidak menjadi isu. Namun bagi pengundi yang mempunyai sistem nilai tinggi, mereka akan meneliti aspek ini dalam membuat pilihan untuk mengundi calon. Dinamika kebijakan pengundi juga menjadi punca kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 disebabkan isu seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Dalam kaji selidik IDE, faktor rasuah dan integriti sentiasa dalam ranking lima tertinggi dalam isu nasional yang menarik keprihatinan pengundi.

Tambahan lagi, bagi parti yang tampilkan calon profesional, bekas pensyarah, teknokrat, penggiat seni dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ini boleh mempengaruhi terutama jika calon ada rekod baik dalam pekerjaan mereka. Namun, kemungkinan tidaklah begitu besar jumlahnya. Selebihnya bergantung bagaimana mood pengundi saat akhir dan bagaimana kekuatan kempen digerakkan untuk mempromosi caIon dan parti yang menaungi.

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish