Bantu rakyat dipermudahkan untuk turun mengundi pada 19 November 2022

Bantu rakyat dipermudahkan untuk turun mengundi pada 19 November 2022

0 0

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)  telah mengumumkan hari penamaan calon adalah pada 5 Nov 2022 (Sabtu), Hari Undi Awal pada 15 November 2022 (Selasa) dan hari mengundi Umum 19 Nov 2022 (Sabtu). Maka tarikh 19 November 2022 adalah tarikh keramat menyaksikan PRU15 berlangsung buat pertama kalinya melibatkan 222 kerusi parlimen dan hanya 3 negeri (Perak, Perlis, Pahang) yang terlibat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Penetapan tarikh berlaku kesan daripada pengumuman pembubaran Parlimen oleh Dato’ Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia ke-9 setelah mendapat perkenan oleh Yang Di Pertuan Agong.

Maka tamatlah pelbagai suasana dan perubahan unik yang berlaku dalam proses demokrasi dan politik negara sejak PRU 14 pada 2018 setelah UMNO/Barisan Nasional jatuh sebagai kerajaan memerintah setelah berkuasa lebih 60 tahun. Kerajaan bertukar ganti kepada Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan, Perikatan Nasional (PN) selama 18 bulan dan Kerajaan Dato’ Ismail Sabri selama 12 bulan.

PERATUSAN TURUN MENGUNDI

Pengumuman SPR yang menetapkan dua tarikh penting iaitu penamaan calon dan pengundian pada hari SABTU amat dialu-alukan. Tidak seperti PRU14, pengundian dibuat pada 9 Mei 2018 iaitu pada hari RABU.

Peluang pengundian ditetapkan pada hari SABTU diharapkan dapat melonjak peratusan turun mengundi lebih 84% seperti PRU 13 yang diadakan pada hari AHAD, 5 Mei 2013.  Pada PRU 14, peratusan turun mengundi adalah 82%. Dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia HARI SABTU telah dipilih sebanyak  5 kali sejak 1959. Menjadi kebiasaan juga mengundi hari SABTU dijadikan hari mengundi bagi kebanyakan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU 14.

Justeru, cabaran parti-parti politik kini dan rakyat Malaysia termasuk masyarakat sivil ialah bagaimana membina momentum agar peratusan turun mengundi boleh dilonjakkan melebihi 80% turun mengundi. Adakah faktor HARI MENGUNDI pada hari SABTU boleh melonjak sikap rakyat untuk berpatisipasi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam proses pilihan raya.

Banyak faktor akan melatari peratusan turun mengundi melibatkan sikap pengundi, kaedah kempen, mobilisasi kesedaran rakyat dan yang paling penting juga soal cuaca khususnya pada musim tengkujuh pada bulan November – Disember. Selain itu prinsip ‘kemudahan untuk mengundi’ harus juga dijadikan asas dalam membantu proses keluar mengundi. Bagi sekolah-sekolah yang terlalu sesak dengan jalan masuk yang kurang sesuai harus diperluaskan ke beberapa pusat mengundi tambahan. Ini akan mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengelakkan pengundi beratur panjang. Pusat-pusat mengundi perlu diperbanyakkan bagi memudahkan rakyat turun mengundi berdekatan dengan tempat kediaman.

Peratusan keluar mengundi yang tinggi mencerminkan partisipasi tinggi rakyat dan membantu mengukuhkan keabsahan sesuatu kerajaan yang bakal akan dibentuk. Berdasarkan fakta dan survei, majoriti rakyat lebih selesa jika pilihan raya diadakan dihujung minggu (Sabtu atau Ahad) berbanding dengan tengah minggu atau hari bekerja.

TEMPOH KEMPEN

Tempoh kempen untuk PRU 15 ditetapkan dari tarikh penamaan calon 5 November 2018 hingga 19 November 2018, sekitar 14 hari. Trend tempoh kempen 14 hari telah menjadi satu konsensus sejak dalam pengisytiharan SPR. Pilihan raya umum Parlimen pada 27 Jun 1959 itu hingga 1969 dianggap sebagai tempoh berkempen PRU yang paling lama dalam sejarah demokrasi di Malaysia iaitu selama 35 hari.

Selain 35 hari tempoh berkempen, jumlah hari berkempen adalah sekitar 2 ke 3 minggu. Namun, paling singkat adalah pada tahun 1999 dan 2004 adalah sekitar 9 ke 8 hari. Latar ketika itu ialah strategi yang digunakan oleh Barisan Nasional ketika itu untuk mengelakkan pengaruh Pembangkang yang diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika itu.

Untuk PRU 15, wujud dua kempen yang perlu disemarakkan iaitu;

PERTAMA: Kempen untuk rakyat turun mengundi. Ini adalah tanggungjawab sosial bagi membantu proses demokrasi negara. Majikan dan semua pihak harus memberikan kerjasama bagi membolehkan rakyat menjalankan tanggung jawabnya.

KEDUA: Kempen parti politik atau orang politik untuk sokongan pengundian. Ini adalah tradisi tanggungjawab kerja parti politik untuk berkempen dengan pelbagai kaedah dan kreativiti tersendiri bagi mendapatkan sokongan pengundi yang termuda bermula 18 tahun. Kita akan melihat pelbagai kaedah digunakan untuk menambat hati pengundi, moga persaingan adalah secara sihat dan penuh amanah.

KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR

Pengurus Kanan Penyelidikan IDE (ariffin@ideselangor.com/+60193178669)

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish