SIDANG MEJA BULAT KAJIAN INDEKS HIDUP DAMAI BERSAMA DALAM MEMPERKASA DASAR PERPADUAN SELANGOR

SIDANG MEJA BULAT KAJIAN INDEKS HIDUP DAMAI BERSAMA DALAM MEMPERKASA DASAR PERPADUAN SELANGOR

0 0

Shah Alam – Institut Darul Ehsan (IDE) dengan kerjasama Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) UNISEL dan Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM telah diberi mandat untuk menjalankan kajian berkaitan Indeks Hidup Damai Bersama @ Peaceful Coexistence Index Peringkat Negeri Selangor 2022 (IPCOX/INDAH 2022).

Justeru, IDE telah menjalankan Sidang Meja Bulat (RTD) bagi memahami Dasar Perpaduan Selangor yang sedang dirangka oleh Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS). Adalah menjadi hasrat Y.B. Exco Puan Dr Siti Mariah Binti Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpaduan, Negeri Selangor agar kajian yang bakal dijalankan selari dengan Deraf Dasar Perpaduan Selangor.

Pembentangan Utama dalam RTD ini adalah Pembentangan Laporan Awal Dasar Perpaduan Selangor oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Mansor Mohd. Noor, Profesor Kehormat, Institut Kajian Etnik (KITA) UKM serta Ahli Majlis Perpaduan & Integrasi Selangor (MPIS). Kemudian diteruskan dengan Sesi Soal Jawab dan Perbincangan Meja Bulat Bersama Peserta RTD.

Antara jemputan yang hadir ke RTD ini ialah Prof Dr Haslinda Abdullah Pengarah IPSAS UPM, Dr Ahmad El-Muhammady ISTAC IIUM, Dr Shifa Mohd Nor UKM, Prof Madya Dr Hamdan Salleh Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti UNISEL, YB Senator Fadhlina Sidek Ahli Dewan Negara, Dr Wan Puspa Melati Bt Wan Abdul Halim, Felo IESAD & KITA UKM, Ahli-Ahli Kluster Pembinaan Bangsa & Jaringan Antarabangsa IDE, Hasnul Hanif Harun Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor, Pusat KOMAS, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL, Architects of Diversity (AoD), Forum Ekonomi Manusiawi (FEM) dan Unit Penyelidikan IDE.

Persidangan Meja Bulat ini ditutup oleh Ucapan daripada YB Jamaliah Jamaludin, ADUN Bdr Utama, yang juga merupakan Ahli Majlis Perpaduan & Integrasi Selangor (MPIS) mewakili Y.B. Exco Puan Dr Siti Mariah Binti Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpaduan, Negeri Selangor.

Semoga dengan terlaksananya RTD ini, Survei Lapangan yang bakal dijalankan ini dapat diperkukuhkan dengan intipati Dasar Perpaduan Selangor agar selari dengan objektifnya. Terima Kasih kami ucapkan pada yang hadir ke RTD ini dan mengambil bahagian dalam perbincangan.

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish