SUDUT PANDANG TOK ABAH: KONGRES NASIONAL TAHUNAN KE-16 PARTI KEADILAN RAKYAT

SUDUT PANDANG TOK ABAH: KONGRES NASIONAL TAHUNAN KE-16 PARTI KEADILAN RAKYAT

0 0

Salam hormat dan kasih sayang dari tok abah untuk semua. 

Kepada semua perwakilan dan pemerhati Kongres Nasional Tahunan Ke-16 untuk tahun 2021/2022, Parti Keadilan Rakyat, tok abah ucapkan selamat datang dan selamat berkongres. 

Bagi tok abah, kongres nasional kali ini sangat penting kerana selepas kongres ini selesai parti akan memberikan tumpuan sepenuhnya ke arah persiapan untuk menghadapi PRU-15. Kita semua maklum PRU-15 boleh sahaja diadakan dalam waktu yang terdekat ini. Justeru itu, kongres kali ini bukan masanya untuk kita membawa tema atau naratif tentang “succession plan” dalam parti,  yakni membentuk barisan pimpinan baru yang akan mengambil alih kepimpinan parti. Tok abah bangkitkan hal ini kerana kongres nasional kali ini juga menyaksikan pemilihan saf kepimpinan tertinggi parti dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk untuk Exco, Wanita dan AMK Pusat. 

Sebagaimana yang kita sama-sama maklum kepimpinan kanan parti untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Empat Naib Presiden yang dipilih, Ketua, Timbalan dan Naib AMK dan Wanita Pusat telahpun selesai. Walau apa pun ulasan dan analisis yang diberikan, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), telahpun mengumumkan keputusan rasmi untuk semua jawatan kanan ini. Tok abah juga sedar masih terdapat “soseh-soseh” , ketidakpuasan hati mengenai keputusan pemilihan diperingkat ini. Namun, ianya telah dimuktamadkan dan parti perlu segera bergerak ke hadapan (move on). Pengalaman peribadi tok abah yang pernah berada dalam JPP, sebaik mana sekalipun JPP cuba dan berusaha untuk menguruskan proses pemilihan parti supaya ianya lancar, telus dan adil, akan tetap berlaku insiden-insiden yang mengakibatkan pihak-pihak yang menawarkan diri bertanding tidak berpuas hati, sama ada pihak yang menang dan lebih-lebih lagi bagi mereka yang kalah. Begitulah, meriahnya proses demokrasi setiap kali pemilihan parti diadakan. 

Oleh kerana Kongres Nasional kali ini akan melengkapkan proses pemilihan kepimpinan diperingkat pusat (20 MPP, Exco AMK dan Wanita Pusat), tok abah terpanggil untuk memberikan sudut pandang tok abah untuk difikirkan bersama oleh para perwakilan yang akan mengundi dan membuat pilihan masing-masing dalam kongres kali ini.

Ramai diantara kita yang maklum bahawa pemilihan parti yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang dialu-alukan oleh sebahagian besar bukan sahaja anggota parti, bahkan juga dikalangan pimpinan utama parti termasuk dari pimpinan negeri dan cabang. Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden memainkan peranan yang afirmatif untuk pemilihan ini dilaksanakan kerana setelah berlakunya pengkhianatan sheraton dan jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan, diikuti dengan beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN) dimana Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tewas. Malangnya bila ini berlaku, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai susuk yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Sedangkan, pada setiap PRK dan PRN yang berlaku, beliau sentiasa dilihat bekerja keras, berkempen untuk Pakatan Harapan dan Parti. Beliau dipersalahkan oleh pelbagai pihak kerana ada kelompongan serta kekosongan jawatan-jawatan utama dalam parti selepas berlakunya pengkhianatan. Ini termasuklah mereka yang menarik diri, yang berehat dan ada yang meletakkan jawatan sehingga Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah bersendirian. Kerana itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berpendapat untuk menghadapi PRU-15 nanti, beliau memerlukan mandat yang jelas dan memerlukan suatu ketumbukan, satu “team” atau pasukan yang dilihat setia bersama dengan beliau untuk menghadapi PRU-15. Justeru itu sangat jelas bahawa proses pemilihan parti dan kongres yang sedang berjalan sekarang ialah untuk memberikan “endorsement” atau mandat kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden yang patut diberikan ketaatan yang sepenuhnya sebagai Presiden dan calon Perdana Menteri.  Apatah lagi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dipilih semula sebagai Presiden Parti yang menang tanpa bertanding. 

Kesimpulannya, tok abah memohon semua perwakilan Kongres Nasional Ke-16 menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan masing-masing, menggunakan hak demokratik sebagai anggota parti untuk memilih dua puluh calon yang terbaik untuk digandingkan dengan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden Parti. Sudut pandang tok abah, mereka yang ragu-ragu dan tidak yakin dengan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan calon yang sesuai untuk berada dalam pimpinan parti bagi menghadapi PRU-15.  Bagi tok abah, perwakilan sewajarnya meletakkan isu kesetiaan pada parti dan kepercayaan yang teguh terhadap kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan calon Perdana Menteri. Sejujurnya, kita tidak mahu lagi melihat berlakunya persaingan kuasa antara Presiden dengan mereka yang berada dalam pimpinan utama parti. Harapan tok abah dihujung kongres ini nanti yang akan diumumkan hanya satu “cai” sahaja iaitu 20 ORANG AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT (MPP) yang DILIHAT SEBAGAI “TEAM PRESIDENT” yang akan memimpin parti untuk masuk ke medan PRU-15.

SELAMAT BERKONGRES.

Dengan Ikhlas,
Dato’ Ismail Bin Yusop @ Tok Abah 
Pengarah Eksekutif 
Institut Darul Ehsan

15 Julai 2022

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish