Program berlangsung di Teratak Riverview Bernam Tanjung Malim pada 17-18 Jun 2022, Jumaat hingga Ahad. Melibatkan 80 orang sukarelawan SERVE dan UNISEL. Program anjuran bersama Pejabat YB Exco, Institut Darul Ehsan (IDE), Majlis Sukan Selangor, Bahagian Sumber Manusia dan Pembangunan Insan SUK.

Program dianjurkan bagi mengukuhkan jati diri dan semangat kesukarelawan generasi muda. Peserta didedahkab denga kemahiran hidup, diskusi perbincangan dan program pembangunan potensi diri bagi menjadikan mereka belia yang kompeten untuk berkhidmat dengan masyarakat.
Majlis Penutup dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor.

Dato Ismail Yusop, Pengarah Eksekutif IDE telah menyampaikan ucapan aluan yang telah menelusuri cerita-cerita menarik sepanjang program berlangsung. Peserta diuji dengan dugaan hujan, masuk ke dalam dengan lori pickup, tidur di dorm dan lain-lain. Pastinya dugaan ini adalah satu manefestasi kehidupan yang lebih mencabar. Dato’ juga membawa analogi masak lemak cili api sebagai satu perumpaan suka duka dan cabaran sepanjang program berlangsung
YB Tuan Khairuddin dalam ucapan penutupnya menyentuh beberapa perkara menarik. Beliau menyentuh tentang tanggungkawab perserta untuk terus komited dengan pelbagai program untuk gerakkan masyarakat khususnya menjadi pelapis kepada pemimpin masa depan.

Kerajaan Negeri akan menambah satu unit lagi dalam SERVE iaitu SERVE RESQUE yang akan menjadi sukarelawan terlatih dalam misi bencana.
Kerajaan Negeri akan menambah satu unit lagi dalam SERVE iaitu SERVE RESQUE yang akan menjadi sukarelawan terlatih dalam misi bencana. Mereka ini akan dilatih oleh Bomba untuk dilatih sebagai penggerak awam yang boleh membantu dalam bencana2 di Selangor sebagai kumpulan sokongan dengan kemahiran terlatih.
Beliau juga mengumumkan akan melancarkan Unit Belia Insani untuk program2 belia keagamaan dan pembangunan insani.
Modul program kepimpinan dalam projek perlatihan ini dikendalikan oleh jurlatih-jurulatih dan fasilitator dari IDE dan UNISEL.

Average Rating