UNDI ROSAK: 25,953 UNDI !
Undi rosak sebanyak lebih 25 ribu undi boleh disebabkan oleh pelbagai isu dan sebab. Mungkin wujud tiga keadaan yang boleh ditafsirkan iaitu:
- Undi Rosak 25 ribu ini adalah refleksi kepada undi protes oleh rakyat Johor. Bahkan ada PACA yang memaklumkan kepada penyelidik IDE, wujud situasi orang menconteng kertas undi dengan ekspresi tidak puas hati.
- Undi Rosak 25 ribu ini juga boleh diertikan kemungkinan wujud keadaan rakyat yang tidak tahu untuk mengundi. Justeru, pendidikan politik yang betul untuk mencelikkan rakyat perlu dalam suasana kini oleh SPR, Parti Politik dan NGO.
- Mungkin juga wujud isu-isu teknikal yang menyebabkan undi tersebut menjadi undi ragu dan seterusnya ditolak dan dianggap undi rosak. Antara isu yang ditimbulkan soal dakwat dan lain-lain. Satu kajian khusus perlu dibuat oleh SPR bagi mengelak masalah teknikal berlaku hingga semangat demokrasi hak mengundi pengundi telah gugur dari diambil kira sebagai satu undi.
Wujud beberapa pemerhatian menarik dalam penelitian terhadap undi rosak ini yang boleh dipermudahkan seperti berikut:

Undi ROSAK paling rendah adalah tidak kurang kurang dari 212 undi, dibawah 300 undi yang direkodkan di TIGA DUN. Amat mengejutkan juga, Undi ROSAK mencapai hampir lebih 1000 undi di 4 DUN iaitu N42, N40, N49 dan N43 yang dimenangi oleh BN dan DAP.
Antara yang cukup unik adalah, apabila didapati wujudnya Undi ROSAK yang melebihi daripada kedudukan kemenangan MAJORITI calon yang menang. Sebagai contohnya di DUN N08 Bukit Pasir, YB Mohamad Fazli dari BN telah menang dengan 6,048 undi mengalahkan PN, PH (AMANAH), PEJUANG dan BEBAS, majoriti 198 undi. Di DUN N08 ini, terdapat 381 undi rosak yang melebihi daripada keputusan majoriti undi yang diterima. Hal yang sama berlaku di DUN N51 Bukit Batu yang dimenangi oleh PH – KEADILAN dengan majoriti 137. Undi Rosak di N51 adalah seramai 624 undi dikira sebagai Undi Rosak.
45% PENGUNDI MEMILIH UNTUK TIDAK KELUAR MENGUNDI !
Status Pengundi turun mengundi (voters turnout) merupakan satu tanda aras utama ‘crutial indicators’ untuk mengukur bagaimanakan rakyat berpartisipasi dalam kerajaan negaranya. Peratusan keluar mengundi yang tinggi amat penting dalam mengukur pengukuhan demokrasi, manakala peratusan keluar mengundi yang rendah sering dikaitkan sikap pengundi dan rasa ketidakpercayaan terhadap proses politik yang berlangsung.
Suatu langkah pro aktif perlu dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama pelbagai pemegang taruh, bagi mengkaji secara makro dan mikro sebab atau halangan 45% rakyat Johor untuk turun mengundi. Adakah mereka tidak keluar mengundi kerana:
- Protes
- Bosan dengan politik dan pilihan raya
- Tidak sedar wujudnya pilihan raya
- Beranggapan, akan mengundi sekali lagi jika Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan.
- Takut dengan COVID19
- Kurang berkemampuan untuk balik mengundi kerana tinggal di luar DUN.

Average Rating