BELANJAWAN SELANGOR 2022: TANDA KOMITMEN KERAJAAN NEGERI MENCERDASKAN RAKYAT DENGAN PENUBUHAN KURSI SIDDIQ FADZIL UNISEL

BELANJAWAN SELANGOR 2022: TANDA KOMITMEN KERAJAAN NEGERI MENCERDASKAN RAKYAT DENGAN PENUBUHAN KURSI SIDDIQ FADZIL UNISEL

0 0

Siaran Media IDE | 26 November 2021
BELANJAWAN SELANGOR 2022: TANDA KOMITMEN KERAJAAN NEGERI MENCERDASKAN RAKYAT DENGAN PENUBUHAN KURSI SIDDIQ FADZIL UNISEL

Institut Darul Ehsan (IDE), melahirkan rasa terharu atas komitmen Kerajaan Negeri mengangkat ketokohan dan sumbangan Allahyarham Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil dengan penubuhan Kursi Siddiq Fadzil UNISEL dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022 di Sidang DUN Selangor hari ini.

Allahyarham telah meninggal dunia pada 31 Ogos 2021 merupakan Pengerusi IDE dan Profesor Adjung UNISEL. Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu Muslim dan ilmuwan rakyat yang sentiasa kaya dengan idea-idea segar dengan misi pencerdasan, pencerahan dan pemberdayaan (empowernment) umat. Beliau telah mempopularkan gagasan konsep Maqasid Shariah dan “Fiqh Maliziy” atau Fiqh Malaysia dalam dakwah, polisi dan kerangka pembangunan negara. Beliau juga mengungkap konsep “Hidup Bersama Dalam Budaya Damai”, “Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan” sebagai solusi untuk memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia berteraskan nilai agama Islam dan budaya lokal. Malah beliau turut mencadangkan konsep “Peace Education” atau Pendidikan Damai sebagai teras mendidik masyarakat dari peringkat akar umbi. Beliau selalu mengungkap pandangan ilmuwan kontemporari seperti Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Dr Ar-Raisyuni dan bahkan turun menyantuni ulama rantau ini seperti Hamka, Bapak Muhammad Natsir dan ramai lagi. Beliau sentiasa menekankan untuk tidak hanya berkiblatkan ilmuwan barat, tetapi wajar untuk kita memahami kearifan lokal yang kaya dengan tokoh ilmuwan tersendiri.

YAB Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 1 juta untuk penubuhan Kursi Siddiq Fadzil di UNISEL bagi menggalakkan wacana keharmonian serta kesederhanaan.

IDE sebagai badan penyelidik dan penggerak misi pencerdasan masyarakat amat menghargai usaha ini sebagai suatu pengiktirafan terhadap ketokohan beliau. IDE akan bekerjasama dengan UNISEL untuk menjayakan objektif penubuhan Kursi ini agar wacana berkaitan keharmonian, kesederhanaan dan pengukuhan nilai seperti yang digagaskan oleh Allahyarham Siddiq Fadzil dapat direalisasikan serta disuburkan dalam masyarakat.

DATO’ HAJI ISMAIL YUSOP
PENGARAH EKSEKUTIF, IDE

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish