“MAQASID SHARI‘AH BUKANLAH SEBUAH ILMU YANG TERASING DARIPADA ILMU USUL FIQH MALAH IA SALING MELENGKAPI” – Ust Fauwaz Fadzil

“MAQASID SHARI‘AH BUKANLAH SEBUAH ILMU YANG TERASING DARIPADA ILMU USUL FIQH MALAH IA SALING MELENGKAPI” – Ust Fauwaz Fadzil

0 0

MAJLIS PELANCARAN KULIAH KULIAH KITAB AL-MUWAFAQAT SESI 2021/2022

Program Kuliah Kitab Maqasid al-Shari‘ah merupakan suatu inisiatif dan usaha Pusat Kajian Maqasid Shari‘ah IDE dalam mengembangkan pemikiran dan perbahasan mengenai teori dan konsep Maqasid al-Shari‘ah dalam kalangan pelajar, pendidik, penyelidik dan masyarakat. Dalam menjayakan objektif program ini, kitab agung al-Muwafaqat hasil karya al-Imam al-Shatibi telah dipilih memandangkan ia adalah antara karya utama yang sarat dengan perbahasan Maqasid al-Shari‘ah dan ia telah disyarahkan oleh Ust. Ahmad Fauwaz Fadzil yang merupakan Penasihat Syariah Telaga Biru Sdn. Bhd. dan Ahli Kluster Pusat Kajian Maqasid Shari‘ah IDE. Program ini telah pun dijalankan sebanyak 16 siri pada sesi 2018/2020 secara bulan dan telah disertai oleh para pelajar, penyelidik dan masyarakat awam. Respon dan komentar yang baik telah diberikan malah ruang dan medium ilmiah ini dimanfaatkan oleh mereka untuk bertukar pendapat dan bertanya soalan mengenai asas, konsep dan praktis prinsip Maqasid Shari‘ah dalam isu-isu semasa.

Istimewanya program Pelancaran Kuliah Kitab pada kali ini ialah ia telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari. Dalam ucapan perasmiannya, YAB Dato’ telah menzahirkan penghargaan kepada Institut Darul Ehsan (IDE) dan juga Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil atas pengajuran program ini. Kuliah kitab ini adalah sebagai suatu bentuk pencerahan dan pemahaman kepada masyarakat dalam memahami keindahan agama Islam melalui kerangka Maqasid al-Shari‘ah malah ia berperanan dalam menjadi titik tengah terhadap kemajmukan masyarakat di negara kita. Segala kerencaman dapat diatasi melalui aplikasinya dalam kehidupan melalui beberapa prinsip asas seperti pemeliharaan jiwa, akal, agama, harta dan keturunan yang merupakan nilai sejagat antara semua agama dan budaya. Maka, perbahasan ilmu maqasid dapat berfungsi melatari segala aspek kehidupan masyarakat, nescaya kita akan mampu capai masyarakat yang damai dan sejahtera.

Dalam perkongsian Ustaz Ahmad Fauwaz, beliau telah menerangkan tokoh-tokoh yang berjasa dalam mengembangkan pemikiran al-Maqasid al-Shari‘ah, antaranya ialah Imam al-Shatibi melalui karyanya kitab al-Muwafaqat. Oleh kerana nilai perbahasan kitab ini amat tinggi, maka berlaku khilaf dalam kalangan ulama samaada karyanya ini tergolong dalam perbahasan ilmu usul fiqh atau sebuah ilmu yang baru dan mempunyai asas tersendiri. Kehebatan buku ini juga dilihat melalui saranan beberapa tokoh cendekiawan Islam seperti Sheikh Muhammad Abduh yang menyarankan kepada murid-muridnya supaya membaca dan menelaah kandungan kitab ini. Kemudian, beliau menerangkan bahawa ilmu Maqasid Shari‘ah bukanlah sebuah ilmu yang terasing daripada ilmu Usul Fiqh malah ia saling melengkapi dan mempunyai peranan tertentu dalam ijtihad hukum. Tambah beliau, ilmu Maqasid al-Shari‘ah adalah suatu ilmu yang mudah difahami dan diminati oleh semua golongan dalam masyarakat kerana perbahasannya mudah difahami malah membantu masyarakat dalam menghayati syariat Islam.

Penyertaan program ini adalah seramai 90 orang yang terdiri daripada para pelajar, pendidik, ahli akademik dan masyarakat awam manakala tontonan secara langsung di Facebook telah menjangkau hampir 200 orang.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish