Kakitangan Awam Mahu Kerajaan MADANI Dikekalkan: Isyarat Kuat Sokongan kepada PMX

Kakitangan Awam Mahu Kerajaan MADANI Dikekalkan: Isyarat Kuat Sokongan kepada PMX

0 0

Satu kajian persepsi telah dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) pada bulan Mac 2025 bagi menilai sokongan dan pandangan penjawat awam di Putrajaya dan Lembah Klang terhadap kepimpinan dan pentadbiran Kerajaan MADANI di bawah YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kajian ini dijalankan secara profesional dan tidak langsung berkait dengan sebarang kempen atau perebutan jawatan dalam mana-mana organisasi.

Sokongan Kukuh terhadap Kerajaan MADANI

Hasil utama kajian menunjukkan sebanyak 65.3% penjawat awam bersetuju bahawa kerajaan MADANI perlu dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ini adalah satu isyarat sokongan yang amat signifikan, membuktikan bahawa majoriti penjawat awam menyokong kestabilan dan hala tuju semasa negara di bawah pimpinan PMX. Hanya 10.0% tidak bersetuju, manakala 24.8% memilih untuk tidak pasti.

Kepimpinan PMX dan Sentimen Positif

Kajian ini jelas menggambarkan mood positif dalam kalangan penjawat awam terhadap kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ia memperlihatkan bahawa kerajaan kini bukan sahaja diterima baik, malah dilihat benar-benar memahami peranan penjawat awam sebagai tulang belakang pelaksanaan dasar-dasar negara. Kerajaan MADANI memahami bahawa jentera pentadbiran awam ialah ejen utama penyampaian aspirasi rakyat.

Pengiktirafan kepada Inisiatif Penjawat Awam

Sokongan ini turut diperkukuh dengan beberapa inisiatif penting yang telah berjaya direalisasikan. Antaranya, 62.5% penjawat awam menyatakan kepuasan terhadap penyelarasan gaji yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Walaupun beberapa Perdana Menteri terdahulu pernah berjanji untuk menyemak semula gaji penjawat awam, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah pemimpin yang berjaya melaksanakannya dengan komitmen dan kesungguhan.

Tambahan pula, kepercayaan terhadap penambahbaikan skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dalam proses penambahbaikan turut menunjukkan harapan penjawat awam terhadap masa depan mereka bersama kerajaan MADANI.

Kestabilan Politik dan Kerja Keras Kepimpinan

Lebih penting, 62.3% penjawat awam bersetuju bahawa kestabilan politik telah berjaya diwujudkan, memberikan ruang yang kondusif untuk pentadbiran dan pembaikan negara berjalan dengan lancar. Keadaan ini membolehkan segala kelemahan pentadbiran terdahulu ditangani secara sistematik dan berkesan.

Ini selari dengan dapatan bahawa 62.5% berpuas hati dengan kerja kuat kepimpinan kerajaan MADANI, menunjukkan penghargaan terhadap usaha gigih Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya.

Menolak Naratif Negatif dan Sabotaj Politik

Kepercayaan yang semakin meningkat ini memberi petanda bahawa rakyat, khususnya penjawat awam, tidak mudah dipengaruhi oleh retorik politik negatif. Tindakan memberi gambaran buruk terhadap kerajaan sedia ada adalah satu bentuk sabotaj terhadap usaha pembaikan negara.

Lebih parah apabila wujud dakwaan bahawa hanya kelompok atau individu tertentu sahaja yang layak atau mampu membaiki negara. Hakikatnya, kerajaan MADANI kini membina pasukan yang semakin besar dan inklusif, melibatkan penjawat awam sebagai rakan strategik utama dalam membangunkan Malaysia.

Kesimpulan

Kajian ini bukan sekadar menunjukkan angka sokongan, tetapi mencerminkan satu keyakinan baharu dalam kalangan penjawat awam terhadap arah tuju negara. Ia membuktikan bahawa dengan kepimpinan berprinsip, dasar yang jelas, dan keikhlasan dalam berkhidmat, sokongan akar umbi – termasuk daripada jentera pentadbiran – akan terus kukuh untuk memastikan Malaysia bergerak maju sebagai sebuah negara MADANI yang berdaya tahan dan berintegriti.

Penulis Adalah Tn. Hj Amidi Abd Manan, Pengarah Eksekutif IDE

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish