Gema Bicara Semarakkan Wacana Malaysia MADANI di INTAN Bukit Kiara

Gema Bicara Semarakkan Wacana Malaysia MADANI di INTAN Bukit Kiara

0 0

Bukit Kiara, 08 Mei 2025 – Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara terus memperkukuh pemikiran strategik dan nilai kenegaraan dalam kalangan penjawat awam melalui program Gema Bicara: Tiga Wahana, Dua Bahasa, Satu Suara yang berlangsung dengan penuh semangat dan iltizam.

Program ini menggabungkan wacana ilmu, seni pidato, dan perbincangan dasar dalam dua bahasa rasmi – Melayu dan Inggeris – bagi mengangkat aspirasi perpaduan, keterangkuman, dan nilai-nilai yang terkandung dalam kerangka Malaysia MADANI.

Antara pengisian utama ialah slot khas bertajuk “Membangun Negara MADANI” yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Institut Darul Ehsan (IDE), En. Khairul Ariffin Mohd Munir. Dalam pembentangan tersebut, beliau menyoroti secara komprehensif intipati buku Membangun Negara MADANI tulisan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi dokumen rujukan penting dalam hala tuju pentadbiran negara.

Menurut beliau, konsep Malaysia MADANI adalah satu kerangka pembangunan negara berasaskan nilai kemanusiaan, keadilan, ilmu, hormat, demokrasi, dan kesejahteraan yang menuntut penjawat awam untuk menjadi pemacu utama perubahan dengan berlandaskan prinsip integriti dan akauntabiliti.

“Malaysia MADANI menuntut bukan sekadar keberkesanan dasar, tetapi juga keutuhan nilai dalam penyampaian perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu berperanan sebagai penjaga nilai dan pembina kepercayaan rakyat terhadap kerajaan,” tegas beliau.

Program turut menampilkan Pertandingan Gegar Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, sebuah platform berprestij yang mengetengahkan bakat orator penjawat awam dalam menyampaikan idea dan aspirasi mengenai pembangunan negara. Para peserta menyampaikan pidato berdasarkan tema-tema utama buku Membangun Negara MADANI, menjadikan pertandingan ini sebagai wahana mengupas dasar dalam bentuk kreatif dan retorik yang berkesan.

Melalui Gema Bicara, INTAN memperkukuh peranannya sebagai pusat kecemerlangan latihan sektor awam dengan memupuk budaya wacana berasaskan ilmu, patriotisme, dan pemikiran strategik – seiring dengan visi membina generasi penjawat awam yang progresif, berdaya saing dan berjiwa MADANI.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish