Sesi Perbentangan 1 Survei Baucar Buku MADANI 2024 bersama Kota Buku.

Sesi Perbentangan 1 Survei Baucar Buku MADANI 2024 bersama Kota Buku.

0 0

Cyberjaya, 21 April 2025 – Institut Darul Ehsan (IDE) melalui Unit Penyelidikan IDE Research Centre telah mengadakan sesi pembentangan awal Survei Baucar Buku MADANI 2024 bersama pihak Perbadanan Kota Buku, bertempat di Cyberjaya.

Sesi ini diketuai oleh Ketua Pengurus Projek Survei, En. Khairul Arffin Mohd Munir yang juga Pengurus Kanan Penyelidikan IDE, bersama tiga orang pegawai penyelidik IDE. Manakala Kota Buku pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Adibah Omar serta beberapa pegawai kanan yang turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut.

Pembentangan ini bertujuan untuk berkongsi perkembangan awal kajian yang sedang dijalankan bagi menilai impak program Baucar Buku MADANI 2024 kepada masyarakat dan sektor ekonomi berkaitan buku dan pembacaan. Kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif, dengan pelbagai pihak berkepentingan turut dilibatkan dalam proses pengumpulan data.

Bagi kajian kualitatif, sesi temu bual mendalam serta perbincangan kumpulan berfokus (FGD) telah dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan guru, ibu bapa, penggiat industri buku dan penerima manfaat sendiri. Input yang dikumpulkan digunakan untuk membangunkan instrumen kajian yang sesuai bagi fasa kuantitatif.

Data kuantitatif pula diperoleh menerusi temu bual bersemuka melibatkan 500 orang responden di seluruh negara, khususnya penerima Baucar Buku MADANI. Kajian dilaksanakan menggunakan kaedah pensampelan berstrata yang mengambil kira negeri, peringkat pengajian, aliran pendidikan serta kawasan kediaman. Data dikumpul melalui aplikasi IDE e-Survei menggunakan tablet, dan bagi kawasan luar bandar, borang fizikal digunakan sebagai alternatif.

Kajian ini berlangsung selama 11 hari dari 17 hingga 27 Februari 2025, dan melibatkan dua fasa pengumpulan data iaitu di Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak. Sebelum turun ke lapangan, satu bengkel enumerator telah dijalankan di Auditorium IDE Shah Alam bagi memberi latihan kepada 13 orang enumerator yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT seperti UiTM, USIM, UKM dan UNISEL. Keseluruhan proses dipantau oleh enam orang penyelia yang bertanggungjawab menyelia lima kumpulan enumerator di lapangan.

Antara dapatan awal yang dikongsi dalam sesi ini termasuklah pola pembelian dan pembacaan pelajar: 47.3% pelajar menggunakan baucar untuk membeli tiga hingga empat buah buku, manakala 65% memilih bahan latihan dan modul pembelajaran. Seramai 75.6% pelajar menyatakan mereka tidak menghadapi masalah ketika menebus baucar, dan 83.7% mengakui telah mula membaca buku yang dibeli.

Sesi ini turut membuka ruang kepada perbincangan lanjut antara IDE dan Perbadanan Kota Buku mengenai hala tuju kajian seterusnya serta potensi penambahbaikan program pada masa hadapan. Pembentangan ini merupakan langkah awal dalam usaha bersama memahami kesan dan keberkesanan inisiatif pemberian baucar buku kepada pelajar dan masyarakat.

Malaysia MADANI

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish