Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Sempurnakan Prapeluncuran Buku “Maqasid Haji: Hikmah Di Sebalik Pensyariatan”

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Sempurnakan Prapeluncuran Buku “Maqasid Haji: Hikmah Di Sebalik Pensyariatan”

0 0

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Zamri Zainal Abidin telah menyempurnakan prapeluncuran buku “Maqasid Haji: Hikmah Di Sebalik Pensyariatan” dalam satu majlis yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Buku yang diterbitkan oleh IDE Research Centre ini mengupas ibadah haji dari pelbagai perspektif termasuk aqidah, pensyariatan hukum, ilmu dan pemikiran, ekonomi serta kebudayaan, selain memberi tumpuan kepada aspek individu dan masyarakat

Merangkumi 5 bahagian, bahagian pertama adalah bertajuk ” Maqasid Dari Sudut Akidah”. Bahagian kedua, “Maqasid Dari Sudut Pensyaraiatan Hukum-Hukum”, Bahagian ketiga “Maqasid Dari Sudut Ilmu dan Pemikiran”, Bahagian keempat “Maqasid dari Sudut Ekonomi dan terakhir “Maqasid dari Sudut Kebudayaan (Individu dan Masyarakat”

Majlis ini diadakan bagi menghidupkan suasana 10 hari terakhir Ramadan serta sebagai persediaan menjelang musim haji yang akan datang. Dalam ucapannya, Ustaz Zamri menyatakan hasrat untuk memperkukuh kerjasama dengan IDE pada masa hadapan, terutamanya dalam usaha menyantuni bakal jemaah haji melalui pelbagai inisiatif bersama.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Eksekutif IDE Research Centre, Haji Amidi Dato’ Abd Manan dan Pengarah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Irdha Mokhtar. Kedua-duanya turut berkongsi kupasan serta pandangan mengenai kandungan buku tersebut.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish