Shah Alam, 12 Mac 2025 – IDE Research Centre telah menganjurkan Majlis Iftar dan Mahabbah bersama Pengerusi & staf di Shah Alam.
Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Dr. Zulkifli Abd Rahman, diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengerusi IDE, YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman.
Selain Majlis Berbuka Puasa bersama, majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir bagi beberapa staf IDE sebagai tanda penghargaan dan kebersamaan.
Acara ini selari dengan semangat Malaysia MADANI, yang menekankan nilai-nilai kebersamaan dan kasih sayang dalam organisasi.
Average Rating