Wanita Beraspirasi Membina Legasi

Wanita Beraspirasi Membina Legasi

1 0

Putrajaya : Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Sri Hajah
Nancy Shukri hari ini melancarkan Pelancaran Logo dan Tema Hari Wanita Antarabangsa 2025 dalam satu majlis berlangsung di Putrajaya dan bertemakan “Wanita Beraspirasi Membina Legasi”.

Menerusi ucapan perasmiannya, beliau berkata tema ini mengangkat usaha wanita untuk mencipta perubahan yang berkekalan. Wanita tidak hanya memainkan peranan penting dalam keluarga, tetapi wanita turut menjadi peneraju dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Beliau juga menyeru semua pihak untuk terus komited dalam menghapus sebarang bentuk kekerasan terhadap wanita serta menggalakkan lebih ramai wanita untuk menduduki jawatan dalam kepimpinan negara dan mengambil bahagian aktif dalam proses membuat keputusan.

Hari Wanita Antarabangsa mula disambut pada 8 Mac 1975 oleh PBB sebagai sebahagian daripada Tahun Wanita Antarabangsa. Di Malaysia sambutan Hari Wanita Antarabangsa pertama kali dianjurkan pada 8 Mac 1983 oleh HAWA (Urusetia Hal Ehwal Wanita) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bersempena dengan ulang tahun ke-42 pada kali ini, sambutan akan diperluas kepada peringkat zon di lima negeri terpilih iaitu Perak, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu dan Sarawak.

Sebagai negara yang menandatangani Deklarasi Beijing pada tahun 1995, Malaysia mara mengorak langkah untuk memastikan bahawa prinsip kesaksamaan gender dan hak asasi manusia terus ditegakkan. Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke30 deklarasi ini, tema Sambutan Hari Wanita pada tahun ini menegaskan kepentingan negara kita untuk memastikan kesinambungan segala usaha yang telah
dimulakan serta hak dan peluang yang saksama diberikan kepada wanita di seluruh dunia.

IDE Research Centre Mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada wanita-wanita di Malaysia khususnya. Wanita Beraspirasi Membina Legasi

-Sumber Siaran Media KPWKM

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
100 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish