Kuala Lumpur, 07 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dianugerah Darjah Kebesaran Seri Mahkota yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025, hari ini.
Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat berkenaan kepada semua penerima di Balairung Seri, Istana Negara. Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia, turut berangkat ke Istiadat berkenaan.
Seramai 32 individu yang menerima anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan.
— Bernama
Average Rating