Pengerusi IDE Research Centre Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara

Pengerusi IDE Research Centre Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara

0 0

Shah Alam, 26 Feb 2025: Dewan Negeri Selangor pada hari ini telah mengusulkan YB Senator Prof Emeritus Dato Dr Mohammad Redzuan bin Othman sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi mewakili Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh tiga tahun.

Usul mencadangkan disampaikan oleh YB Tuan Azmizam Zaman Huri dan disokong Ahli Dewan Negeri Sentosa, YB Tun Dr. Gunarajah a/l George.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman bukanlah nama asing dalam dunia akademik, kepimpinan institusi pendidikan tinggi, serta analisis politik dan sejarah di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 14 Mac 1955 di Padang Rengas, Perak dan telah mencurahkan ilmu serta kepakaran dalam pelbagai bidang selama lebih 30 tahun.

Beliau memiliki kelayakan akademik yang amat cemerlang, memperoleh Ijazah Sarjana dalam Sejarah dan Politik Timur Tengah dari School of Oriental and African Studies, University of London serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Edinburgh pada tahun 1994. Keilmuan beliau diiktiraf dengan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus dalam bidang Sejarah dan Politik Timur Tengah oleh Universiti Malaya pada tahun 2024.

Dalam dunia akademik, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman telah memainkan peranan besar dalam pembangunan ilmu sejarah dan politik di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya sejak tahun 1987 sebelum dilantik sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dari 2009 hingga 2014. Beliau juga merupakan pengasas dan Pengarah University of Malaya Centre for Democracy and Election (UMCEDEL).

Selain itu, beliau telah membimbing lebih 30 pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang berasal dari pelbagai negara termasuk Algeria, Iran, Yaman, Palestin, Oman, Mali, dan Indonesia. Kecemerlangan beliau dalam penyelidikan terbukti melalui lebih daripada 50 penerbitan dalam jurnal akademik antarabangsa serta lebih 20 buah buku berkaitan politik dan sejarah, termasuk “Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki”, yang memenangi Anugerah Buku Ilmiah Terbaik Kategori Kemanusiaan dan Sains Sosial.

Dalam bidang pentadbiran pendidikan, beliau telah memainkan peranan besar dalam pembangunan pendidikan tinggi di Negeri Selangor. Pada tahun 2016, beliau dilantik sebagai Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) dan telah menerajui institusi itu dengan pelbagai inisiatif strategik untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan pembangunan modal insan.

Beliau juga adalah Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah institusi pemikir yang memainkan peranan penting dalam penyelidikan dasar dan analisis politik negara. Beliau turut menganggotai pelbagai lembaga pengarah institusi pendidikan dan penyelidikan termasuk Institut Penataraan Ilmu dan Institut Tun Perak.

Dengan pengalaman luas dalam pendidikan tinggi, analisis politik, serta sumbangan besar dalam pembangunan pemikiran masyarakat, saya penuh yakin bahawa Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman adalah calon terbaik untuk menggalas amanah sebagai Ahli Dewan Negara bagi Negeri Selangor. Kepakaran, pengalaman, serta ketokohan beliau akan memperkukuhkan lagi perwakilan Negeri Selangor di peringkat nasional.

Dewan Negeri Selangor juga melantik mantan Adun Teratai , Puan Tiew Way Keng 张菲倩 sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun. Sebelum ini Senator Selangor diwakili oleh YBhg. Tuan uresh Singh a/l Rashpal Singh dan YBhg. Dr Yaakob Sapari.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish