Peristiwa Israk Wa Mikraj

Peristiwa Israk Wa Mikraj

0 0

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah.

Keistimewaan Israk dan Mikraj

Isra’ Wa Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Palestin merupakan salah satu tanah suci buat umat Islam seluruh dunia dan di sana juga diutuskan ramai para anbiya’ (nabi) dan rasul. Di samping itu juga, telah menjadi satu kewajipan buat umat Islam untuk mengasihi dan mencintai Bait al-Maqdis kerana kota suci ini disebut di dalam al-Qur’an sebagai ssebuah kota yang diberkati oleh Allah SWT sekelilingnya kerana tempat tersebut telah menjadi tempat perjalanan Nabi SAW pada peristiwa Isra’ dan Mi’raj:

  • Firman Allah SWT:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

al-Isra’ : 1

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari masjid al-Haram (di Makkah) ke masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.

Dua keajaiban itu adalah ‘Israk’ dan ‘Mikraj’ yang berlaku hanya dalam satu malam.

  1. Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.
    • Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.
  2. Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah
    • Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili di dalam tafsirnya yang masyhur, masjid al-Aqsa di dalam surah al-Isra’ ini adalah Bait al-Maqdis. Dinamakan masjid al-Aqsa adalah disebabkan jaraknya yang jauh daripada masjid al-Haram. Adapun, ia juga merupakan masjid yang paling jauh daripada ahli Makkah di atas muka bumi ini yang dituntut atau disyariatkan bagi kita untuk menziarahinya. [Lihat: Tafsir al-Munir, 13/15]

  • Daripada Abu Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

تَذَاكَرْنَا وَنَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهُمَا أَفْضَلُ: مَسْجِدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَوْ مَسْجِدُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَرْبَعِ صَلَوَاتٍ فِيهِ، وَلَنِعْمَ الْمُصَلَّى، وَلَيُوشِكَنَّ أَنْ لَا يَكُونَ لِلرَّجُلِ مِثْلُ شَطَنِ فَرَسِهِ مِنَ الْأَرْضِ حَيْثُ يَرَى مِنْهُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ خَيْرٌ لَهُ مِنَ الدُّنْيَا جَمِيعًا – أَوْ قَالَ: خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Kami sedang mengingati antara satu sama lain dan Rasulullah SAW berada di sisi kami berkaitan yang mana lebih afdhal di antara masjid Rasulullah SAW dan juga masjid Bait al-Maqdis. Maka Rasulullah SAW bersabda: Solat di masjidku ini lebih afdhal daripada empat kali solat di Bait al-Maqdis. Alangkah nikmatnya bagi orang yang solat. Sesungguhnya akan tiba satu masa, seseorang itu memiliki tanah seukuran tali kuda sehingga dia mampu melihat Bait al-Maqdis. Hal itu adalah lebih baik baginya daripada dunia keseluruhannya atau lebih baik daripada dunia dan seisinya.” [Riwayat al-Hakim (8553)][Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hakim dengan menyatakan sanad hadith ini adalah sahih tetapi tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim][Imam al-Zahabi juga menilai hadith ini sebagai sahih sepertimana penilaian al-Hakim]

Israk:
Definisi : Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari (dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa

Mikraj:
Definisi : Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke Sidratulmuntaha, lalu kembali ke Mekah pada malam yg sama, yang berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah)

SUMBER : Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish