20 Januari 2025, IYC: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan rakan strategik retreat, IDE Research Centre menganjurkan Program Retreat Sahabat Media Palestine Malaysia yang berlangsung pada 18-19 Januari 2024 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras. Kuala Lumpur.
Objektif program ini bertujuan mengimbangi penyebaran maklumat tepat pada masyarakat umum, ia selaras menyediakan penyebaran platform bagi pempeganruh untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini mengenai situasi di Palestine.
Mewakili IDE Research Centre, En Khairul Ariffin Mohd Munir, memberikan taklimat berkenaan Strategi Komunikasi Media: Advokasi Isu Palestine, Mengukuh Agenda Malaysia MADANI.
Sahabat Media Malaysia-Palestine (SMMP) merupakan satu inisatif untuk bersama-sama Kerajaan MADANI dalam menyampaikan, menyebarkan dan memberi pemahaman yang betul kepada rakyat Malaysia akan perjuangan Malaysia untuk pembebasan Palestine.
Average Rating