Menyambut 2 Tahun Pelancaran Buku Membangun Malaysia MADANI

Menyambut 2 Tahun Pelancaran Buku Membangun Malaysia MADANI

0 0

19 Januari 2025, Shah Alam: Buku “Membangun Malaysia Madani” adalah karya yang memperkenalkan konsep Malaysia MADANI, yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Buku ini dilancarkan pada 19 Januari 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kandungan Utama Buku

  1. Konsep Malaysia MADANI
    Malaysia MADANI adalah kerangka pembangunan negara yang berpaksikan kepada enam rukun utama:
    • KeMampanan
    • kesejAhteraan
    • Daya cipta
    • hormAt
    • keyakiNan
    • Ihsan
  2. Objektif Utama
    Buku ini bertujuan memberi panduan untuk membentuk sebuah masyarakat yang:
    • Berteraskan nilai murni,
    • Maju dalam teknologi,
    • Berdaya saing,
    • Mampu melestarikan kemajuan ekonomi dan sosial.
  3. Strategi Pelaksanaan
    Buku ini mengandungi strategi dan langkah praktikal untuk merealisasikan visi Malaysia MADANI, termasuk:
    • Peningkatan kualiti pendidikan,
    • Perpaduan masyarakat,
    • Pemerkasaan ekonomi melalui inovasi.

BUKU setebal 187 muka surat ini menggariskan aspek merangkumi kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan. Skrip ini ditulis oleh Anwar Ibrahim sebelum beliau menjadi Perdana Menteri yang ke-10 dan Menteri Kewangan Malaysia.

Menerusi buku ini, beliau turut menekankan dasar rangka kerja bagi memenuhi keperluan serta potensi masa depan negara. Buku ini turut menyebut rencana dan kerangka besar pemikiran yang dapat dijadikan sebagai perbincangan dengan melihat kepada dasar, isu kemampanan ekonomi dan ihsan.

Madani merupakan suatu kerangka polisi, dasar dan misi visi yang dipacu dengan nilai moral sama ada dalam hal urus tadbir tempatan mahupun ekonomi. Anwar Ibrahim turut menekankan setiap aksara MADANI itu, meliputi maksud dan gambaran yang ingin dibawa oleh dalam mencorak perjalanan Malaysia.

Ia merangkumi keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. Enam nilai ini menjadi aspirasi utama dalam menggerakkan Malaysia supaya menjadi negara makmur dan maju daripada pelbagai sektor.

Namun, kesemua nilai ini tidak berfungsi secara berasingan tetapi ada keterkaitan yang rapat dengan kebergantungannya antara satu sama lain, menjadikan segala dasar yang digubal menjadi lebih manusiawi.

Konsep Madani antara lain adalah untuk mengangkat martabat manusia dan menegakkan keadilan menjadi asas penting. Beliau turut meletakkan Islam pada kedudukan yang sangat istimewa kepada manusia.

Antara konsep penting ditekankan dalam masyarakat Madani ialah dari segi keseimbangan dan mampan. Menurut beliau, keseimbangan ini memberi keadilan kepada seluruh rakyat tanpa melakukan diskriminasi, kezaliman dan penindasan. Membangun Malaysia Madani menepati elemen keterangkuman bagi membina masyarakat bertamadun.

Menerusi buku ini, Anwar juga ingin menjadikan sektor ekonomi sebagai tumpuan bagi mengecilkan jurang kekayaan antara golongan miskin dengan kaya.

Beliau turut menekankan untuk memulakan reformasi percukaian yang sistematik dengan kenaikan cukai secara berperingkat bagi yang berpendapatan RM11,000 dan ke atas setiap bulan.

Selain itu, buku ini turut menekankan isu dasar dan polisi yang banyak menyentuh berkenaan penyelesaian terhadap permasalahan yang wujud.

Sebagai contoh pengecilan jurang piawaian antara golongan M40 dengan B40.

Sinopsis: Kerangka Madani merupakan suatu ikhtiar yang bersepadu dan holistik: kesemua enam komponennya tidak berfungsi secara berasingan; ada kesalinghubungan yang rapat antara setiap komponen, sementara ketergantungan mereka antara satu sama lain menjadikan segala dasar yang digubal menjadi lebih manusiawi, yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.

Powered By EmbedPress

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish