Dato’ Ismail Yusop Dilantik Sebagai Ketua Pengarah JKOM

Dato’ Ismail Yusop Dilantik Sebagai Ketua Pengarah JKOM

0 0

KUALA LUMPUR- Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM yang baharu.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dilantik ke jawatan itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ADUN Paya Jaras, Dr Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan perkhidmatan pada September tahun lalu selepas memegang jawatan tersebut sejak 1 Mac 2023.

Maklumat berkaitan pelantikan bekas Ahli Dewan Negara itu dikongsikan dalam hantaran ucapan tahniah menerusi akaun Facebook Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) pada hari ini (16 Jan 2025).

“Seluruh warga kerja Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) mengucapkan sekalung tahniah kepada YBhg. Kol. Bersekutu (PA) Dato’ Haji Ismail bin Yusop atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Kementerian Komunikasi.

Semoga YBhg. Dato’ diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan” menerusi ciapan facebook tersebut.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
100 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish