UNISEL & IDE Anjur Dialog Shah Alam 2024: Fokus Transformasi Ekonomi Malaysia

UNISEL & IDE Anjur Dialog Shah Alam 2024: Fokus Transformasi Ekonomi Malaysia

0 0

05 Disember 2024, Unisel Shah Alam: Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) telah menganjurkan Dialog Shah Alam 2024 bertemakan “Transformasi Ekonomi Malaysia: Perspektif Terhadap Globalisasi dan Perkembangan Geopolitik Dalam Perdagangan, Pekerjaan dan Pendidikan”. Program ini berlangsung di Dewan Pro-Canselor, Kampus Shah Alam dan menarik lebih 500 peserta, termasuk pegawai kerajaan, pengurus sektor korporat, ahli akademik, dan pelajar universiti.

Matlamat program adalah untuk meningkatkan pemahaman terhadap cabaran ekonomi semasa, mengenal pasti peluang, serta menekankan kepentingan inovasi, teknologi, dan kestabilan kewangan dalam ekonomi global.

Tradisi Keilmuwan dan Intelektual di UNISEL

Dalam ucapan aluan, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, menekankan pentingnya program ini dalam membudayakan tradisi intelektual di UNISEL dan Selangor.

“Dialog ini adalah sebahagian daripada usaha kami mengembangkan pemikiran kritikal, termasuk memperkukuhkan legasi pemikiran Siddiq Fadzil yang berkaitan Melayu dan Islam. Ia juga kesinambungan program-program seperti Syarahan Darul Ehsan, Syarahan Perdana, dan Syarahan Profesor, yang memberi manfaat bukan hanya kepada warga UNISEL dan IDE sahaja tetapi masyarakat umum,” katanya.

Perbincangan Panel dan Syarahan Utama

Dialog ini dibahagikan kepada dua segmen:

  1. Forum bertajuk “Memperkasa Ekonomi Rakyat: Jalan Menuju Kesejahteraan Sosial” menampilkan:
    • Prof. Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor UNISEL
    • Prof. Dr. Norhayah Zulkifli, Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UNISEL
    • Encik Jay Jay Denis, Setiausaha Akhbar Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor
    • Encik Khairul Ariffin Mohd Munir, Pengurus Kanan IDE
    • Forum ini dimoderasi oleh YM. Tengku Amril Nurman YM. Tengku Mohd Ariffin, penerbit rancangan Selangor FM.
  2. Syarahan Utama oleh Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Ibrahim, Pro-Canselor UNISEL dan mantan Gabenor Bank Negara. Beliau membincangkan kesan globalisasi terhadap ekonomi Malaysia, perubahan sektor kewangan, peluang dan cabaran perdagangan antarabangsa, serta peranan inovasi dan teknologi dalam memperkukuh ekonomi negara.

Perasmian oleh Dato’ Menteri Besar Selangor

Program ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, disaksikan oleh YB Dato’ Salim Soib @ Hamid, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor. Turut hadir adalah wakil agensi kerajaan negeri dan pengurusan tertinggi UNISEL juga pengurusan tertinggi IDE Research Center dan SRI (Selangor Research Institute).

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish