15 Ogos 2024, Shah Alam: IDE Research Center menganjurkan Siri Diskusi Naratif Pertama yang membicangkan Pengupayaan Golongan M40: Menggerak Agenda Malaysia MADANI di Institut Darul Ehsan, Shah Alam.
Golongan Masyarakat kelas menengah atau middle class society juga mempunyai kepentingan yang besar dalam memacu ekonomi negara. Sebagai golongan yang penting dalam perbelanjaan domestik negara, golongan ini memainkan peranan yang penting dalam sektor ekonomi, politik, sosial di dalam negara.
Siri Diskusi Naratif yang pertama ini menampilkan Ybhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed yang merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Eknomi. Membuka topik bagi membincangkan, dan membentangkan Polisi dan Dasar Kerajaan Dalam Memperkasa Golongan M40.
Golongan M40 yang berada pada tahap ekonomi pertengahan juga tidak terlepas daripada krisis kewangan. Kos Sara Hidup yang semakin meningkat menyebabkan kuasa beli golongan ini semakin menyusut dan mengakibatkan penurunan kualiti kehidupan bagi sebahagian besar rakyat Malaysia.
Diskusi ini juga menampilkan Prof. Dr. Abu Suffian Abu Bakar dari Pusat Pengajian Ekonomi, Wang dan Bank Universiti Utara Malaysia. Beliau membentangkan dua tajuk iaitu Profil Sosio Ekonomi B40 & M40 di Bandar Utama dan Pengupayaan Golongan M40: Menggerak Agenda Malaysia MADANI, Perbincangan Data Bersama DOSM atau Department of Statistics Malaysia. Dan Pembentangan kedua Prof. Dr. Rospidah Ghazali
Siri Diskusi ini juga dihadiri Prof. Emer Dato’ Dr. Zakariah Abd Rashid, Prof. Dr. Susela Devi, Prof. Dr. Nohayah Zulkifi, Prof Dr. Nik Hasnaa Nik Mahmood, Dr. Shamsul Azhar yang mewakili YaPiem, Prof. Dr. Azami, Felo Kanan IDE Research Center, Prof Siddin Ishak bersama wakil pendidik akademik lain yang hadir.
Average Rating