05 Ogos 2024, Bukit Jalil: Laungan ‘Bebaskan Palestin’, “Palestin Merdeka dan ‘Israel Bacul’ bergema di sekitar Axiata Arena, Bukit Jalil di sini oleh peserta yang hadir ke Himpunan Pembebasan Palestin semalam.
Orang ramai yang hadir berpakaian serba putih sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin mula memenuhi segenap ruang di dalam Axiata Arena. Semangat solidariti peserta himpunan juga terserlah dengan masing-masing hadir membawa dan mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang, selain pelbagai sepanduk tertera kata-kata sokongan dan doa buat mereka yang terkesan situasi di Gaza
Himpunan Pembebasan Palestin antara lain bertujuan menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.
Turut hadir memberikan pidato, Tn. Hj Amidi Abd Manan (Pengarah Eksekutif IDE Research Center) yang juga merupakan AJK WADAH Pusat. Dalam menyampaikan mesej solidariti terhadap apa yang berlaku di Tebing Barat dan GAZA, Tn. Hj Amidi terus mengutuk serangan Israel yang berterusan terhadap Palestin dan pembunuhan terhadapan Birio Politik HAMAS, As-Syahid Ismail Haniyeh di Iran baru-baru ini.

Turut diadakan persembahan oleh penyanyi Amir Masdi dan Faizal Tahir serta persembahan puisi oleh personaliti Fedtri Yahya dan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini. Peserta kemudian dipertonton tayangan video khas dari Gaza dan persembahan anak-anak Palestin yang menghibakan suasana perhimpunan.
Pidato Pembebasan Palestin diteruskan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual menyampaikan Pidato Kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin selepas tayangan video Belasungkawa Asy-Syahid Ismail Haniyeh.
“Lakaran sejarah tragedi penindasan, penghinaan selama hampir satu abad sejak pembentukan Israel sehingga peristiwa peristiwa nakba, di mana saya membesar sehingga ketika belajar di Universiti Malaya (UM), berlakunya perang Arab Israel.
“Kami mahasiswa pada masa itu pergi (turun) ke jalan raya pada 1973, menentang keganasan Israel dan kedutaan Amerika Syarikat kerana menyokong keganasan Israel,” Datuk Seri Anwar Ibrahim
Himpunan dijadual berakhir dengan persembahan Kumpulan Rabbani dan Awla diikuti Doa Qunut Nazilah. Lebih 12,000 orang menghadiri perhimpunan itu sebagai terjemahan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mengecam kekecaman Israel termasuk dalam pembunuhan Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pada Rabu lalu.
Sumber Berita- BERNAMA / HMetro
Average Rating