Himpunan Pembebasan Palestin, Orang Ramai Diajak Sertai Bagi Menunjukan Solidariti

Himpunan Pembebasan Palestin, Orang Ramai Diajak Sertai Bagi Menunjukan Solidariti

0 0

02 Ogos 2024, KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput menyertai Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, jam 6:30 petang.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook berkata perhimpunan yang dijadual berlangsung pada pukul 8 malam itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua dijemput hadir! Himpunan Pembebasan Palestin dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil. Kita jumpa Ahad ini!” Fahmi Fadzil

Perdana Menteri berkata perhimpunan tersebut adalah antara tindakan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin. Ia sudah cukup memberi tanda solidariti bagi perjuangan pembebasan Palestin serta pembunuhan kejam.

Datuk Seri Mohamad Sabu yang dipertanggungjawabkan mengetuai himpunan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberi ucapan dalam perhimpunan itu, bersama beberapa lagi pemimpin yang lain untuk menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Perdana Menteri akan memberi ucapan pada malam itu untuk kita menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin demi melindungi orang-orang yang tertindas serta terbunuhnya Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh,” Muhammad Sabu melalui hantaran facebook.

Terbaharu, Hamas melaporkan Ismail Haniyeh bersama seorang pengawal peribadinya terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran. Hamas mengumumkan pada awal Rabu bahawa ketua biro politiknya terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Teheran, menurut laporan media antarabangsa.

Ismail Haniyeh berada di Teheran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu Masoud Pezeshkian pada Selasa (30 Julai). Kematian Haniyeh menyusul selepas kematian tiga anak dan lima cucunya apabila kereta dinaiki mereka menjadi sasaran serangan udara Israel pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri di kem pelarian Al Shati di Gaza, April lalu.

Sumber Berita: BERNAMA/ Sinar Harian/ Awani

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish